KENYATAAN AKBAR: PELAKSANAAN AES DIKAJI SEMULA

::Pewaris Anak Bangsa::



KENYATAAN AKHBAR YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN, KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MENGENAI ISU PERMOHONAN PEMUDA UMNO MEMOHON CARA PERLAKSANAAN AES DIKAJI SEMULA.

AES adalah sebuah sistem kamera autimatik berteknologi tinggi yang merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju dan melanggar lampu merah. Ianya dipasang di lokasi ‘hitam’ dengan tujuan utama pada dasarnya ialah menambahkan keselamatan rakyat semasa berada di Jalan Raya.

Sistem ini mampu meningkatkan kecekapan system penguatkuasaan selain mampu mengurangkan kemalangan maut. Kita seharusnya tidak berkompromi apabila bercakap mengenai isu keselamatan rakyat. Tujuan utama kerajaan apabila melaksanakan system AES ini ialah keselamatan rakyat dan bukannya mengaut keuntungan seperti yang didakwa pihak pembangkang.

Kenyataan yang mendakwa bahawa Pemuda UMNO menggesa pemansuhan AES adalah tidak benar. Pemuda UMNO melalui Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin sebenarnya menyatakan bahawa pada dasarnya perlaksanaan AES adalah satu cadangan yang baik. Beliau Cuma memohon agar pihak Kementerian yang bertanggungjawab mengkaji semula cara perlaksanaan AES dilakukan agar cara perlaksanaan tersebut dapat diperhalusi lagi dan Puteri UMNO bersetuju dan menyokong cadangan Pemuda UMNO ini.


YB DATUK ROSNAH ABDUL RASHID SHIRLIN
KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA
TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
AHLI PARLIMEN P.175 PAPAR

Comments

Popular Posts