YUNA TERUS UNGGUL DALAM KERJAYANYA!!!

KUALA LUMPUR: Penyanyi Yuna berjaya mengatasi artis lain apabila memperoleh lima pencalonan dalam anugerah Shout Awards 2012 yang akan diadakan pada 23 November depan di Surf Beach, Sunway Lagoon, dekat sini.

Ia akan berlangsung pada pukul 8.30 malam dan disiarkan menerusi saluran 8TV.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 26, dicalonkan bagi kategori anugerah Popstar, Power Vocal, Music Video dan Wired Celebrity.

Dia turut dicalonkan dalam kategori Fresh TV Series menerusi rancangan Yuna-Bintang Di Langit terbitan Astro Ria.
Menyusuli Yuna ialah penyanyi Najwa Mahiaddin dengan tiga pencalonan iaitu anugerah Popstar, Music video dan Breakout.

Dalam pada itu, Mizz Nina mendapat dua pencalonan bagi kategori Flava dan Music Video.

Selain itu, pelakon Nur Fazura, Lisa Surihani, Marion Rose Counter, Maya Karin, Nora Danish dan Scha Al Yahya dicalonkan bagi kategori Hot Chick.
Barisan calon untuk kategori Hot Guy pula ialah Aaron Aziz, Hans Isaac, Henry Golding, Remy Ishak, Shaheizy Sam dan Zizan Razak.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dicalonkan bagi kategori Popstar. Antara nama lain yang turut bertanding ialah kumpulan Bunkface, hujan, Estrange, Faizal Tahir, Aizat, Azlan the Typewriter, Black, Shila Amzah, Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz dan Maya Karin.

Bagi kategori Coolest Radio Announcer menyaksikan pertembungan di antara Faizal Ismail dan Fara Fauzana (Hot FM), Nabil Ahmad (Suria FM), serta barisan penyampai Fly FM iaitu Hafiz Hatim, Hunny Madu dan Phat Fabes.
Shout Awards 2012 turut menyaksikan muka-muka baru yang mewarnai pencalonan tahun ini seperti Diandra Arjunaidi, Go Gerila!, Kyoto Protocol, Massacre Conspiracy dan Oh! Chentaku.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts