KENYATAAN AKHBAR YB DATUK ROSNAH HAJI ABDUL RASHID SHIRLIN, KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA BERKENAAN PENANGKAPAN PUAN FADZLINAH JAMLAN OLEH PIHAK BERKUASA NEGARA CHINA

::Pewaris Anak Bangsa::


KENYATAAN AKHBAR YB DATUK ROSNAH HAJI ABDUL RASHID SHIRLIN, KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA BERKENAAN PENANGKAPAN PUAN FADZLINAH JAMLAN OLEH PIHAK BERKUASA NEGARA CHINA

Pelancaran 10,000 langkah



Adalah sangat malang untuk kita mendengar seorang lagi warga Malaysia, ditangkap kerana diperdaya menjadi keldai dadah untuk menyeludup najis dadah ke Negara China oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pada masa ini, kita perlu menunggu perkembangan kes ini dari pihak berkuasa negara China. Saya percaya bahawa pihak Kementerian Luar sedang berusaha memantau perkembangan kes ini dengan ketat.


Sebaga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, saya merasa amat bimbang dan prihatin dengan situasi beliau dan melihat beliau sebagai mangsa keadaan serta percaturan hidup. Puan Fadzlinah Jamlan adalah seorang ibu tunggal yang berusaha dengan segenap daya usaha demi menyara anak-anaknya. Beliau berasal dari masyarakat sederhana, Kampung Kelumbai, Dundau berhampiran Kota Belud dan merantau ke Kuala Lumpur untuk membina kehidupan yang lebih baik, malangnya segala usaha beliau telah dinafikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan menjerumuskan beliau ke kancah pengedaran dadah kerana kenaifan beliau.


Tanpa perlu membuat kesimpulan awal, Pihak kami akan memberikan sepenuh sokongan dan dokongan moral kepada keluarga beliau dan bersedia untuk berkejasama erat dengan Kementerian Luar untuk mendapatkan gambaran yang jelas dan terperinci mengenai kes ini. Pihak kami juga akan berusaha untuk mendapatkan perbicaraan yang seadil-adilnya untuk beliau.


Saya percaya, kita mempunyai keazaman yang kuat untuk mencegah generasi muda kita yang terlalu naïf  dimanipulasikan sebagai keldai dadah. Dengan bantuan daripada Jabatan Imigresen dan Kastam, masalah ini pasti dapat dibendung dan  kerajaan akan terus komited dengan kempen menentang penyalahgunaan dan pengedaran dadah. Dalam pada itu, saya memohon agar kawalan yang lebih ketat dijalankan oleh Pihak Imigresen serta Kastam agar kes-kes sebegini tidak berulang lagi.

oleh

YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia
Ketua Puteri UMNO Malaysia

Comments

Popular Posts