BAJET 2013: SEKOLAH AGAMA RAKYAT TETAP DIAMBIL KIRA KEUTAMAANNYA

::Pewaris Anak Bangsa::

Demo depan Parlimen menuntut hak SAR pada 11 Oktober 2012

Pembangkang ni,kalau sudah penipu memang menipu. mula-mula pu3 dapat info pelajar SAR  buat demo di depan Parlimen. satu dalam fikiran pu3. bagaimana pelajar boleh berkumpul di dalam kawasan Parlimen sedangkan kawasan tersebut bukan kawasan boleh diserbu tanpa melalui pengawal keselamatan.  Namun menurut sumber, kehadiran pelajar SAR itu sebenarnya sudah dirancang dan andaian pu3 sebenarnya kebenaran mereka masuk atas kapasiti melawata semata tetapi telah bertukar apabila pelajar ini mula merentang banner.

Persoalannya, betulkah demo ini dirancang oleh mereka ataupun ada dalang penipu besar yang sengaja mencetuskan isu. Sudah pasti ada! kerana demo ini dikhabarkan turut disokong oleh MP Pembangkang!

baca dulu artikel di bawah:

Pembangkang oh pembangkang !!!

Ini lah akibatnya tidak mengikut saranan yang dibuat oleh kerajaan !!!

Gagal menukar Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang ada kepada Sekolah Agama Bantuan  kerajaan (SABK). Apabila tidak ada bantuan, mula nak buat demo menuntut hak dalam budget 2013 !!!


Tahukah anda bahawa bagaimana bantuan Sekolah Agama Rakyat diagihkan ???



Peruntukan SAR yang berdaftar diagihkan bawah kelolaan Jabatan Agama Negeri. Namun begitu Kerajaan Persekutuan tidak lepas tangan. Kerajaan Persekutuan yang mengambil berat kelangsungan SAR dan telah memberi peruntukan perkapita sebanyak 10.5 juta pada tahun ini bagi SAR yang mengadakan kelas Al Quran dan kelas Fardu Ain.  menurut Tan Sri Muhyiddin menjawab persoalan yang dibangkit oleh Che Uda Che Nik (PAS-Sik) dan Mohd Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) di sidang parlimen semalam.

Muhyiddin turut menggesa pakatan ketepikan fahaman politik terutama PAS. "Saya kemukakan cadangan untuk diterima tapi malangnya sebahagian besar tidak setuju sebab anggap kementerian ini BN yang punya !!! Ini bukan soal politik !!! Kalau boleh buat, dapat kurangkan masalah, katanya lagi.

sumber: Taipan master blog

bila masa kerajaan persekutuan mengabaikan SAR? Walau tidak diumum khusus dalam bajet 2013. tetapi pu3 yakin ada peruntukan khas kepada SAR seperti lazimnya diterima oleh SAR. Malahan dalam pemberian bantuan persekolahan RM100 pun pu3 yakin, pelajar SAR antara pelajar yang bakal menerima bahagian tersebut seperti mana pelajar sekolah kerajaan lain. 

simpati pu3 kepada pelajar SAR yang diperalatkan oleh pembangkang. Wahai anak-anak, usahlah biarkan dirimu diperbodohkan dan dipolitikkan oleh individu yang hanya mengutamakan kemenangan pribadi mereka bukan untuk rakyat. Hanya BN sahaja yang bertindak dalam keadilan tanpa prejudis mereka yang menerima itu menyokong atau tidak kepada BN

Comments

Popular Posts