Followers

MALAYSIA KOMITED TUNTUT DALANG TRADEGI MH17 DIHADAP KE MAHKAMAH


TAPAH:  Malaysia komited mahu memastikan dalang yang menembak jatuh pesawat MH17 dihadapkan ke mahkamah, sama ada di Malaysia, Ukraine atau mahkamah antarabangsa.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, pihak peguam negara dan Wisma Putra sedang mendalami perkara itu, di samping melihat daripada aspek sistem perundangan antarabangsa.

Menurut beliau, walaupun terdapat beberapa insiden pesawat komersil ditembak jatuh yang masih belum mendapat keadilan, Malaysia tidak akan berdiam diri.

Bagaimanapun, ujar beliau, keutamaan buat masa ini adalah untuk menyelesaikan perkara berhubung pengurusan jenazah mangsa tragedi tersebut.

"Ini tidak boleh berlaku kepada pesawat MAS, ini tidak boleh berlaku kepada penumpang-penumpang di dalam MH17.

"Tetapi yang paling penting, kita kena ikut jadual dan keutamaan dan keutamaan kita hari ini ialah memastikan bahawa mangsa MH17, jasad, jenazah dan mayat mereka dapat dikembalikan dahulu ke negara masing-masing. Sebab itu jangan kita campur-adukkan benda-benda ini," kata Hishammuddin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Tapah di Dewan Merdeka Tapah, Perak pada Ahad.

Hishamuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata, walaupun fokus kini diberikan kepada tragedi MH17, kerajaan tidak pernah melupakan misteri kehilangan pesawat MH370 dan terus komited dalam menjalani misi pencariannya.

Menurut beliau, walaupun Malaysia hanya sebuah negara kecil, tetapi ia telah memainkan peranan besar dalam menyatukan dua negara besar, China dan Australia, untuk berkongsi maklumat pencarian pesawat malang itu.

Katanya, beliau akan ke Perth, Australia dalam beberapa minggu lagi untuk mengadakan pertemuan dengan kumpulan pencarian dari kapal KD Mutiara dan Bunga Mas 5. - ASTRO AWANI

1 comment:

  1. Write moгe, thats all I have to sɑy. Literally, іt sеems aѕ
    tɦough you relied oon the video to maқe yoսr point.
    You dеfinitely know whawt ʏoure talkiing ɑbout, whү tbrow awɑy yoսr
    intelligence on just posting videos tօ yߋur site whеn yοu coսld
    Ьe givіng uѕ somethinng informative tο read?


    Mү webpage garcinia cambogia extract

    ReplyDelete