Followers

INFO: BN SOKONG KEPUTUSAN SULTAN SELANGOR KEKAL ABDUL KHALID JADI MB


Harris Hardy Hakim, Astro Awani | Kemas kini: Ogos 11, 2014 (Diterbitkan pada: Ogos 11, 2014 18:13 MYT)


PUTRAJAYA:  Barisan Nasional (BN) menyokong penuh keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berkenan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan pusat pada masa sama mengalu-alukan pengumuman yang dibuat oleh Abdul Khalid untuk terus berkhidmat kepada Selangor.

Muhyiddin menjelaskan kesinambungan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar adalah sangat penting demi kebajikan rakyat Selangor.

Sebagai contoh, dalam usaha mengatasi masalah air di Selangor, Kerajaan Pusat memerlukan pemimpin yang boleh memastikan kelancaran pelaksanaan projek yang telah dipersetujui sebelum ini.

"Saya telah pun berhubung dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang berada di luar negara tadi untuk mendapatkan hala tuju kita (Barisan Nasional). Saya nak nyatakan di sini bahawa atas beberapa dasar, sebab dan prinsip Barisan Nasional menyokong status Abdul Khalid untuk terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

"Kita juga tidak melihat kewajaran tentang perubahan kepimpinan yang nak dilakukan oleh Pakatan Rakyat di Selangor. Kerana apa yang penting ialah soal kesinambungan kepimpinan, nasib rakyat Selangor, krisis yang boleh menyebabkan terjejasnya bukan sahaja di Selangor tetapi Wilayah Persekutuan dan Malaysia kerana Selangor merupakan sebuah negeri yang penting," katanya selepas Mesyuarat Jawatan Kuasa Kabinet mengenai pelancongan di Putrajaya di sini. - Astro Awani

No comments:

Post a Comment