TUN M MENEGUR BUKAN BERSIFAT PRIBADI
Silakan membacanya tanpa dilanda emosi melampau ya:
Teguran Bukan Bersifat Peribadi, Tidak Bermaksud Untuk Najib Letak Jawatan – Dr Mahathir
By Editorial August 19, 2014 : 1:18 am
Kuala Lumpur – Teguran kepada Datuk Seri Najib Razak tidak melibatkan perkara peribadi dan bukan bertujuan untuk memaksa perdana menteri melepaskan jawatannya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri itu, beliau tidak bersetuju dengan beberapa pendekatan Najib kerana tindakan itu menurut pandanganya tidak memberikan manfaat kepada negara.
"Tidak, saya tidak minta beliau letak jawatan, saya cuma tidak bersetuju dengan polisi beliau," kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (EIEJS), di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam ini.
Menurut Dr Mahathir Najib adakalanya dilihat lebih gemar mendiamkan diri apabila tercetusnya sesuatu isu dan terlalu lembut kepada semua orang menyebabkan sesetengah pihak tidak menghormati Perlembagaan negara.
"Ini bukan isu peribadi. Apa yang dilakukan Najib tidak memanfaatkan negara…ketegangan kaum dan agama meningkat, orang tidak hormat kepada Perlembagaan lagi.
"Beliau terlalu lembut dengan semua orang, kadangkala tidak respons, senyap…ada masalah tapi tidak ambil tindakan," katanya.
Ps: ada kalanya menegur tak semua akan menerimanya seoerti mesej sama yang ingin disampaikan..
Comments
Post a Comment