ANWAR GIGIT JARI??? KHALID MASIH MB SELANGOR

Apa lagi yang akan dilakukan oleh Anwar kronis? Walau dipecat keahliannya dalam PKR, Khalid masih diperkenan oleh Yang Mulia Sultan Selangor meneruskan tanggungjawabnya sebagai Menteri Besar Selangor.

Setakat ini selepas pengumuman dalam PC tadi, sudah pasti Anwar sedang memandam kekecewaan teramat sangat. Apa tidaknya, kerusi idamannya masih diduduki oleh pemegang yang berusaha disingkir!!!!

Baca ini:

SHAH ALAM:  Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengekalkan tugas sebagai Menteri Besar Selangor.

Abdul Khalid dalam satu kenyataan hari ini menjelaskan, sehingga ada perkembangan baharu, beliau kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

"Saya telah menghadap DYMM Tuanku pagi tadi untuk sembah maklum kedudukan MB selepas pemecatan saya sebagai anggota PKR.

"Lanjutan pemakluman itu, DYMM Tuanku telah bertanya sama ada saya masih memperoleh kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

"Saya telah memperjelaskan bahawa di sebalik pemecatan saya, saya masih memperoleh kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

"DYMM Tuanku berpuas hati dgn penjelasan yg telah disembahkan dan telah perkenan untuk saya terus memegang jawatan MB Selangor.

"Sehingga ada perkembangan baharu, saya masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa," katanya dalam satu kenyataan di laman mikro Twitter. - Astro Awani

ps: sedarlah Anwar, Lu mahu bini lu jadi menteri besar, lu lupa dia bukan anak jati selangor!!!!! 

Comments

Popular Posts