Followers

TAMPARAN LAGI UNTUK ANWAR: PAS TOLAK AZIZAH, DEWAN ULAMA MAHU AZMIN

Oleh : Wan Syamsul Amly, Astro Awani

KUALA LUMPUR:  Nama Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali disebut-sebut bakal dicalonkan oleh PAS sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu semasa Mesyuarat Jawatankuasa PAS pada Pusat Ahad ini.
Ia dilihat satu keputusan yang sangat signifikan selain beberapa keputusan status dua Ahli Undangan Negeri (ADUN) yang berpaling tadah kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan empat exco mereka yang kekal di dalam Kerajaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang akan turut dibincangkan.

Menurut sumber dalaman PAS, nama Azmin akan dicadang Dewan Ulama PAS kerana dianggap calon paling berwibawa untuk menyelesaikan krisis Selangor sekali gus menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu mewakili Pakatan Rakyat.

"Dewan Ulama juga dikatakan telah menyatakan pandangan mereka kepada beberapa NGO Islam untuk mendapatkan pandangan mengenai krisis Selangor dan cadangan menamakan Azmin sebagai menteri besar.

"Ia dikatakan mendapat respon positif dan akan diputuskan pada 17 Ogos ini," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini.

‎Dalam pada itu kata sumber berkenaan, laporan beberapa portal mengenai keputusan mesyuarat Lajnah Politik PAS pada Khamis yang tidak bersetuju menamakan Wan Azizah untuk menggantikan Abdul Khalid membuktikan nama Azmin akan 'naik' pada Ahad ini.

Bagaimanapun Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mempengerusikan sidang media berkenaan tidak menyebut nama lain bagi menggantikan Abdul Khalid.

Sementara itu jelas sumber, kenyataan media yang dikeluarkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pada Khamis memberi tamparan hebat kepada PKR yang dilihat 'gelojoh' dalam menyelesaikan kemelut yang melanda Negeri Selangor.

"Salahuddin sejak awal meminta semua pihak berkaitan bersabar dan menegaskan bahawa PAS akan membuat satu keputusan yang sangat signifikan pada 17 Ogos di mana Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat akan berbincang mengenai krisis Selangor, jadi bersabarlah," ujarnya.

Salahuddin sebelum ini meminta pihak berkenaan untuk bersabar sementara PAS memperincikan pendirian yang akan dijelaskan pada Ahad ini.

Kata Salahuddin, isu menukar menteri besar dilihat sukar dan bukan semudah menukar ketua kampung.

No comments:

Post a Comment