Followers

INFO : NAJIB UCAP TAHNIAH KEPADA ERDOGAN


KUALA LUMPUR:  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan kerana memenangi pilihan raya Presiden negara itu yang pertama kali dibuat secara langsung pada Ahad.

"Tahniah Erdogan kerana menang pilihan raya Presiden. Malaysia berharap hubungan lebih baik dan lebih strategik dengan Turki," katanya dalam akaun Twitter beliau hari ini.

Dilaporkan Erdogan yang menjadi perdana menteri sejak 2003 memperoleh kira-kira 52 peratus undi untuk dipilih menjadi presiden Turki ke-12.

Beliau dijangka mula memegang jawatan pada 28 Ogos.

Congratulations Pres Erdogan on winning the presidential elections. Malaysia looks fwd to a better & more strategic relationship with Turkey — Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) August 12, 2014

Sumber: BERNAMA

No comments:

Post a Comment