KRISIS SELANGOR: PIMPINAN PAS PERLU LEBIH TEGAS, SAMPAI BILA MAU DIBULI??


Oleh Wan Hafiz Hamzah

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Bekas Ketua Penerangan Keadilan Rakyat (PKR) Ruslan Kassim berkata, kepimpinan tertinggi Pas perlu mengambil tindakan tatatertib kepada dua orang ahlinya, Saari Sungib (ADUN Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (ADUN Morib) kerana jelas membelakangkan pimpinan parti apabila menyatakan sokongan terhadap Datin Seri Wan Azizah hari ini.

Menurut beliau, sekiranya PKR boleh mengambil tindakan memecat Tan Sri Khalid Ibrahim kerana tidak mematuhi arahan partinya untuk berundur dari jawatan MB Selangor bagi memberikan laluan kepada presiden parti, seharusnya Pas juga mengambil tindakan yang sama.

"Dua orang ADUN Selangor yang juga ahli Pas telah membuat keputusan untuk menyokong Wan Azizah sebagai MB Selangor yang ternyata membelakangkan keputusan parti mereka, apabila Presiden dan Mursyidul Amnya telah menyatakan pendirian untuk terus menyokong Khalid sebagai MB Selangor.
"Tindakan dua orang ADUN tersebut ternyata secara jelas tidak selari dengan pendirian parti mereka sendiri dan oleh itu, seharusnya Pas lebih tegas dengan mengambil tindakan tatatertib terhadap dua orang ahlinya itu yang dilihat menentang dan seolah-olah mencabar keputusan serta arahan pucuk pimpinan parti," tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Haji Hadi Awang dan juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebulat suara menyatakan sokongan mereka terhadap Tan Sri Khalid untuk terus kekal sebagai MB Selangor.

Tambah beliau, Pas perlu menjadi lebih tegas terutamanya berhubung krisis kepimpinan di Selangor yang mana telah memperlihatkan parti itu seolah-olah lemah dan hanya mampu menurut apa saja kehendak Dap dan PKR.

"Apa yang jelas bagi saya, penukaran MB Selangor ini sebenarnya tidak ada kena mengena dengan intergriti dan kemampuan Khalid sebagai MB dan ianya lebih kepada politik dalaman demi kepentingan individu tertentu yang bergelar pemimpin di dalam pakatan pembangkang.

"Dalam isu ini, saya berharap agar kepimpinan Pas lebih tegas dan jangan hanya cakap saja yang berdegar-degar namun akhirnya mereka tersungkur layu di kaki Dap dan PKR dengan menurut dan akur apa saja yang dilakukan oleh DAP dan PKR biarpun jelas ia merupakan tindakan yang menyalahi perjuangan pakatan pembangkang itu sendiri," jelasnya.

Sehubung itu menurut beliau lagi, kepimpinan Pas hari ini perlu memikirkan samada mereka mahu mendahului kepentingan pakatan pembangkang yang mana hari ini dilihat tidak dapat membawa apa-apa kebaikan di Selangor terutama berhubung hal ehwal Islam, kepentingan bangsa Melayu dan juga kebajikan rakyat di negeri ini.

"Jika Pas terus berlembut dan mengikut saja apa kata Dap dan PKR biarpun kerusi yang dimenangi oleh mereka lebih banyak daripada jumlah kerusi PKR, maka benarlah segala persepsi dan dakwaan bahawa Pas di dalam pakatan pembangkang tidak lebih hanyalah sebagai  kuda tunggangan Dap dan PKR untuk meraih sokongan orang-orang Melayu.

"Bahkan tindakan Lim Guan Eng baru-baru ini bertindak menyaman ahli parlimen Pas, Nasaruddin Tantawi merupakan satu isyarat yang jelas bahawa sudah tidak ada rasa hormat kepimpinan Dap terhadap parti itu, bahkan mungkin hari ini Pas dianggap oleh kepimpinan Dap dan PKR seperti budak suruhan yang boleh diperkotak katikkan oleh mereka," ujarnya.-MediaUMNO

Ps: bila kemaruk nak kekal punya kerusi itulah puncanya pimpinan PAS akan bertahan dibuli. Lembik!! Macam tulah!!!

Comments

Popular Posts