KHALID MENIPU SULTAN SELANGOR UNTUK KEKAL JAWATAN?????
LADY dah agak. Mesti ada sahaja jalan yang Anwar kronis akan lakukan setelah Khalid diperkenan kekal dengan jawatannya sebagai Menteri Besar walau kini menyandang sebagai ADUN Bebas.
Boleh pula keluar rancangan konon-konon Khalid telah menipu Sultan Selangor dan bersekongkol dengan UMNO dalam memastikan jawatannya kekal!!! Siap buat rancangan hendak buat undian di dewan Undangan Negeri, undi tidak percaya!!!!
Bila tak sehaluan, mesti dikaitkan angkara UMNO! dah tak ada bahan lain lagikah??? Kalau dah konflik dalaman parti. Tak payah nak kaitkannya dengan pihak luar rumah!
LADY tak peduli apa akan jadi situasi PKR ni. Tapi apa yang mereka lakukan, mengganggu perjalanan tenang rakyat di negeri Selangor. Dah macam menonton drama haru biru. Tak tau penghujungnya!
Gaduh je korang. Jangan nak kaitkannya dengan UMNO. Masalah korang PKR adalah petunjuk dari Allah swt di dunia ini. Kalau kes perebutan jawatan ni tak jadi pengajaran juga. Tak taulah LADY
Comments
Post a Comment