PRK PENGKALAN KUBOR: JANGAN SALAH PERCATURAN!!!

Sekali lagi LADY nak nyatakan di sini. Perkongsian berikut bukan kritikan mengaibkan tetapi ianya dari NAWAITU nak bagi kesedaran pada mana yang kotnyer TERLELAP disebabkan ada banyak sangat PENYAMAN UDARA!!!! Perkongsian ini demi cinta LADY pada parti UMNO dan negaraku Malaysia!!!

PRK kali ini tidak semudah yang dijangka kerana jika silap memilih calon, ( jangan pula ada pakar segala ketua pakar tampil hadiahkan penyejuk udara, penyegar udara menggantikan kipas yang dah kurang dipkraktikkan!!!!!) BN dan UMNO akan tewas kepada parti yang paling jijik dan lemah dalam sejarah parti politik tanahair.

Sila baca :

PRK PENGAKALAN KUBOR -LETAK SONGKOK PUN BN MENANG!

KRISIS politik Selangor telah benar-benar menguji konsep kesepakatan, tahalul siasi dan konsep kerjasama dalam kerajaan campuran PAS,DAP dan PKR  yang mana penghujungnya semua orang telah tahu dan boleh menduga apa kesudahannya, siapa yang bakal diangkat sebagai Menteri Besar Selangor dan ramai pihak mula menelah bahawa krisis yang sedang berlaku ini telah merosakkan hubungan antara mereka yang selama ini dibentuk bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Semua media sentiasa melaporkan dan mendedahkan kemelut yang sedang melanda kerajaan campuran ini dan dari kalangan UMNO serta Barisan Nasional dilihat mula dibuai rasa selesa, tersenyum simpul seolah-olah mereka telah mendapatkan kemenangan politik dan rakyat terbanyak pada perkiraan mereka telah mula berpihak kepada Barisan Nasional.

Soalnya, apakah krisis dalam kerajaan campuran ini benar-benar telah menggembalikan sokongan politik orang-orang Melayu khususnya kepada UMNO dan BN? Kita tidak perlu menunggu lama dan bagaimana berakhirnya episod politik Selangor kerana Tuhan yang sehebat-hebat perancang telah menyediakan medan ataupun ujian terbaik untuk UMNO menilai diri dengan kekosongan kerusi DUN Pengkalan Kubur, Kelantan ekoran kematian penyandangnya Allahyarham Dato Noor Zahidi Omar dan di sinilah bermulanya kayu ukur hasil daripada kemelut serta perebutan kerusi MB dalam kerajaan campuran Selangor ketika ini.

Jika tafsiran politik diambil kira, untuk DUN N 01 Pengkalan Kubur ini, cukup dengan meletakkan songkok pun, BN boleh menang besar kerana disamping telah 3 penggal BN mengekalkan kerusi tersebut, PRK kali ini dibuat saat kerajaan campuran PKR, DAP dan PAS berada dalam keadaan cukup krtikal, cukup lemah apatah lagi kuota Pengkalan Kubur adalah calon dari PKR dan bukannya PAS.

Jika dinilai berasaskan kehadiran ahli parti PKR dalam Kongres mereka yang berlangsung baru-baru ini, dewannya kosong berbanding dengan Perhimpunan Agung UMNO di PWTC hinggga tidak cukup ruang tempat duduk, maka BN melalui songkok yang dimaksudkan akan menang PRK Pengkalan Kubur ini cukup mudah.

Benarkan tafsiran poilitik ini?

Malah bukan hanya perpecahan berlaku bahkan jika ada bunuh membunuh sesama mereka pun dalam PKR, ianya tidak lebih sekadar satu berita gembira untuk kita tahu dan akhirnya kita berkata, lihatlah betapa jahat serta rakusnya mereka kerana ianya tidak membawa apa-apa erti ataupun makna kepada politik kerana sehingga hari ini, sejak istilah transformasi diperkenalkan hingga kini,BN dan UMNO tidak berubah apa-apa dan tidak pernah berfikir bagaimana untuk memenangi hati rakyat yang telah pun menolak PKR.

Ini mungkin terlalu konservatif tetapi terbukti sehinggakan Timbla Presiden UMNO, Muhyuddin Yassin terpaksa mengumumkan untuk mengadakan peraduan mengemukakan idea ~Wow Factor' dalam perasmian Persidangan UMNO Bahagian baru-baru ini serta menawarkan hadiah lumayan kepada mana-mana Bahagian UMNO yang boleh mengemukakan idea ~wow~ tersebut.

Pada kita, jika peraduan idea `Wow~ baru mahu dibuat, maksudnya untuk melaksanakan idea tersebut ialah pada tahun 2020 nanti dan ini sekaligus memberikan maksud, kita akan menyertai PRK Pengkalan Kubur dan juga jika DUN Selangor dibubarkan sekalipun adalah tanpa factor ~Wow~ itu dan bila menyertai tanpa factor `Wow~ bermaksud juga UMNO akan menghadapi karenah yang sama iaitu soal calon, isu, kemudahan logistik, sabotaj dan berbagai-bagai lagi karenah lain dan ini sekali lagi akan meletakkan BN dan UMNO berada dalam situasi yang sukar walaupun PKR sedang berpecah belah.

Kita fokus di PRK Pengkalan Kubur, rata-rata disebut DUN ini adalah kubu kuat BN, benteng agam UMNO kerana berjaya dimenangi selama 3 penggal berturut-turut. Apa terjadi pun PRK ini tidak memberikan sebarang kesan kepada kerajaan PAS Kelantan jika BN menang sekalipun kerana tidak langsung menggugat kekuatan majoriti mereka apatah lagi kepada PAS itu sendiri kerana DUN ini kuotanya adalah untuk PKR. Kita pasti laporan seperti inilah yang akan diberikan atau disampaikan oleh hubaya-hubaya kepada Presiden parti.

Sehari dua lagi ataupun mungkin sekarang ini akan turun dan berkampunglah pakar-pakar strategi dalam UMNO dan juga dari pejabat Perdana Menteri ke DUN Pengkalan Kubur membuat analisa bagi dipersembahkan kepada PM untuk membuat keputusan. 

Sila baca lagi sambungannya di sini : http://sanggahtokjanggut.blogspot.com/2014/08/prk-dun-pengkalan-kubur-letak-songkok.html

Ps: jangan salah percaturan. Walau DUN ni dibawah kepercayaan rakyat kepada UMNO/BN selama 3 penggal bermaksud letak sesiapapun  atas nama BN boleh dipertahankan!!

Jangan nanti BN meraung kerana ditalkinkan di Pengkalan Kubor kerana tak sedar terlalu lalai dengan KIPASAN CANGGIH!!!

Comments

Popular Posts