BOIKOT BOLEH TETAPI TINDAKAN PATUT BIJAK
Bukan LADY tidak bersetuju dengan kempen demi GAZA dengan melakukan kempen boikot ke atas produk yang disyaki menjadi sebahagian dana kepada rejim Zionis a.k.a Israel. Sebagai penganut dan pengamal Agama Islam, musuh Islam adalah musuh diri LADY juga. Cuba fikirkan, sejauhmana kebenaran bahawa McD Malaysia antara francais di negara ini menyalurkan dana kepada Israel???? Betulkah?????
Apabila membaca artikel yang diberikan oleh rakan LADY malam semalam, sebelum membacanyapun LADY terfikir, selama ini sebagai salah seorang yang berkunjung premis berkenaan, LADY melihat pekerja premis itu di kalangan anak-anak melayu dan bumiputera. Jika tindakan memboikot dan himpuhan menghalang premis itu dari berfungsi, adakah ia benar-benar berjaya menghalang rejim zionist terus menzalimi rakyat di bumi GAZA????
Pagi ini, terkejut LADY menemui posting yang dikongsikan oleh sahabat blogger berkenaan penutupan premis McD di Dunggun kerana himpunan dan kempen boikot ke atas produk itu. Pekerjaan di premis itu anak melayu. Tak payah nak cakap banyak lagi peluang pekerjaan ada, termasuk 7eleven. Soalan LADY? Tindakan menutup periuk nasi orang lain itu hanya kerana kononnya memperjuangkan hak Orang Islam di bumi GAZA, jangan lupa? Bagaimana hak anak melayu Islam yang hilang pencarian kerana tindakan boikot tersebut?????
Sebelum LADY berceloteh panjang, mohon baca artikel yang LADY perolehi dari rakan LADY :
Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.
Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin? Tepuk dada, tanya iman dan bukan tanya kepada Aiman.
Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel.
Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.
Gambar : Penulis bersama dengan Tan Sri Muhammad Ali Hashim di Pejabatnya. Beliau yang bertanggungjawab memperkenalkan Jihad Bisnes dan Jihad Ekonomi.. Usaha beliau harus dipuji dalam menegakkan Islam melalui perniagaan. - SUMBER RAKAN
seperkara lagi, kenapa hanya McD sahaja? Bukan premis lain? STARBUCK? KENNY ROGERS? kenapa tidak dilakukan kempen sama ke atas produk berkenaan? Kerana pemiliknya adalah rakyat bukan melayu dan beragama Islamkah menyebabkan mereka yang memulakan rancangan BOIKOT terus mengelak dari memilih premis berkenaan?
LADY bersetuju dengan pandangan blogger WIRA KENYALANG tentang tindakan BOIKOT ini. Sila baca
Di manakah Agenda Memperkasakan Ekonomi Bumiputera jika perniagaan orang Bumiputera diboikot oleh bangsa sendiri?
Benar, McD itu kepunyaan orang Yahudi tetapi itu di Amerika Syarikat dan luar negara dengan situasinya sangat berbeza di Malaysia.
Berbeza di Malaysia, rangkaian makanan McD itu kepunyaan orang Bumiputera sama seperti KFC dan Pizza Hut.
Juga, kebanyakan pekerjanya merupakan orang Melayu dan. Bumiputera termasuklah pemilik restoran.
Jika kempen boikot itu dilaksanakan bermakna Rakyat Malaysia sendiri yang cuba memusnahkan perniagaan orang Bumiputera yang kita tahu masih lagi ketinggalan dalam perniagaan francais ini.
Malah, McD setiap tahun menyumbangkan dana mereka untuk kerja-kerja amal seperti memberi sumbangan kepada anak-anak yatim di Malaysia dan di dunia termasuklah anak-anak Islam.
Kenapa tidak boikot rangkaian restoran Kenny Rogers, Burger King dan beberapa restoran lain yang datangnya dari Amerika Syarikat dan dimiliki oleh orang Cina dan Bukan Bumiputera?
Bagi pemilik restoran ini, mereka mengambil pendekatan mendiamkan diri kerana memboikot McD oleh rakyat Malaysia ini suatu kejayaan kepada mereka yang merupakan pesaing utama dalam perniagaan makanan.
Ini sekaligus memberikan keuntungan berlipat kali ganda kepada pemilik francais restoran Kenny Rogers, Burger King dan sebagainya.
Astro yang secara terang memberikan kontrak kepada syarikat milik Yahudi dalam membekalkan penyiarannya di rantau Asia Tenggara ini tiada pun usaha untuk memboikotnya?
Jadi, kenapa pula restoran McD yang majoritinya milik Melayu dan Bumiputera dijadikan sasaran untuk diboikot?
Fikir-fikirkanlah secara rasional rakyat Malaysia... sumber : Wira kenyalang http://cetusankenyalang.blogspot.com/2014/08/boikot-mcd-cubaan-gagalkan-perniagaan.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed&m=1
Tindakan secara kasar sehingga mengundang ancaman keselamatan tidak wajar dilakukan oleh yang berkempen himpun di depan premis. (Ps: LADY bukan melayu pencinta McD. Kebetulan kawasan LADY tinggal juga tiada premis berkenaan. Apa yang LADY tulis ini untuk menyedarkan pembaca budiman untuk berfikir semula. Jangan kerana terlalu emosi akal waras tolak ke tepi. Yang rugi bukan orang lain.)
Sila baca lagi:
6 OGOS: Aqsa Syarif melahirkan kekesalan tindakan pihak tidak bertanggungjawab mengganggu premis McDonald's Dungun yang melibatkan lontaran objek keras serta menggoncang pintu kedai dalam satu demonstrasi memboikot produk berkenaan semalam.
Pengerusi Aqsa Syarif Berhad, Prof. Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata, boikot adalah hak pengguna namun ia tidak mewajarkan tindakan secara fizikal mahu pun lisan untuk menakut-nakutkan serta mendatangkan kecederaan batang tubuh atau emosi kepada pemilik premis dan pekerjanya.
"Perbuatan sekumpulan orang yang mengganggu premis McDonald's, membaling objek keras serta menggoncang pintu kedai amat dikesali.
"Perbuatan seperti ini tidak wajar dibiarkan begitu sahaja kerana ia bertentangan dengan tata susila, akhlak Islam dan lunas undang undang," katanya dalam satu kenyataan menerusi laman rasmi Facebook Aqsa Syarif.
Menurutnya, Aqsa Syarif memohon orang ramai yang menyokong kempen boikot supaya mengawal diri dan tidak melanggar batas undang-undang dalam menjayakan kempen.
Jelasnya, tindakan liar dan melampau tidak tergolong sebagai menyokong inisiatif boikot sebaliknya lebih mirip kepada perbuatan merosakkan harta benda awam (vandalisme).
"Aqsa Syarif menyarankan orang ramai untuk menghubungi pihak polis jika perbuatan ganas seperti ini berulang lagi.
Sekali lagi LADY hanya beri pandangan. Bertindak nak boikot kerana enggan memberu sumbangan dana kepada israel dipersilakan tetapi pastikan produk yang tepat. Pengertian BOIKOT dengan RUSUHAN serta MENYERANG untuk menghalangan penjualan juga mempunyai erti berbeza..kena fahami betul-betul.
Bertindak biar Bijak. Jangan bertindak jika emosi melanda. Biarlah akal menguasai kita. Kalau takat McD Malaysia je korang nak boikot sampai bangkrup perniagaan milik Melayu ni dan telah menafikan menyalur dana kepada israel, McD luar negara yang sudah jelas menyokong Israel. Siapa yang akan rugi.
Kepada individu yang mewujudkan kumpulan mengajak boikot McD Malaysia ni, dari korang keluarkan dana sebegini lebih baik menderma ke tabung selamatkan GAZA. Serta mengadakan majlis solat hajat dan bacaan Yassin memohon pertolongan daru Allah swt agar umat Islam di bumi GAZA diberi kekuatan dan keselamatan dari kezaliman Israel. Takkan korang nak mengatakan Allah tidak mampu menghentikan perbuatan zalim ini???? Astagfirullah!!!!!
LADY bukan kempener McD Malaysia tetapi LADT hanya mahu korang berfikir jangan sampai bersuhabat fitnah.
#SAVEGAZA
Comments
Post a Comment