Followers

HADIAH KETUA PEMUDA PAS KEPADA ANWAR



Hebat!!! Hari ini Anwar menerima Hadiah yang sangat hebat!!!!! Tak percaya???? Special gift for his birthday!!!!  Sila baca ini:

Ketua Pemuda PAS Selar Anwar Seperti Anjing
By Editorial August 12, 2014 : 12:34 pm

Kuala Lumpur – "Bagai melepaskan anjing tersepit," selar Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Wan Mohd Faizul Wan Abas kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaman Facebook miliknya, Faizul Abas.

Senario tersebut dilihat berlaku apabila Anwar semalam secara mengejut membuat perjumpaan dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang seolah-olah cuba untuk mendapatkan 'pertolongan' dan mencari jalan keluar bagi isu menteri besar Selangor.


"Sejak dulu, PAS sangat konsisten memperjuangkan keadilan, serta mempertahankan semangat setiakawan. Tetapi apa yang berlaku sekarang ialah ramai di kalangan rakan pakatan menyerang dan menyalahkan PAS.

"Apabila melihat kepada senario yang berlaku antara Anwar Ibrahim dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, rasanya sesuai jika peribahasa 'bagai melepaskan anjing tersepit (menolong orang yang tidak tahu membalas jasa)," tulisnya.

Keadaan PKR kini dilihat semakin meruncing apabila calonnya, Wan Azizah Wan Ismail yang cuba untuk merebut kerusi menteri besar Selangor daripada Tan Sri Khalid Ibrahim dilihat bertambah sukar apabila Abdul Khalid telah diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam untuk terus mentadbir negeri tersebut.

Faizul dilihat turut membuat kenyataan balas dengan menyindir tindakan Anwar sebagai membelakangkan ulamak-ulamak PAS.

"Orang bodoh ialah orang yang membelakangkan ulamak. Macam Allah sebut gelagat orang munafik, di belakang Nabi S.A.W mereka kata. Adakah kami nak ikut orang-orang bodoh itu," soalnya di entri tersebut.

Terdahulu, Anwar dikatakan berjumpa dengan Abdul Hadi bagi mengetahui pendirian PAS yang masih belum menyatakan sokongan kepada PKR terhadap presidennya , Wan Azizah dan dilihat cukup berpuas hati selepas pertemuan tersebut.

Di dalam salah satu komentarnya, beliau juga menyifatkan Anwar sebagai manusia yang tidak mengenang budi.

"Di saat dia ditelanjangkan pemerintah ketika itu, pimpinan PAS lah yang balutkan dia pakaian. Ustaz-ustaz, Tok-tok Guru berhujjah dengan al Quran dan hadis. Tuan Guru Haji Hadi karang buku Qazaf…tup-tup dia suruh budak-budaknya 'telanjangkan' Tok Guru kita… memang anjing!" komennya lagi.


Hahahahaha... dapat hadiah sebagai ANJING!!! rasanya sangat sesuai sebab dia sentiasa MENYALAK sahaja. Sangat kuat salakan tu. Bukan sebab apa, ekor dah tersepit di celah dahan!! Hati-hati! Kalau terlepas, habis digigitnya siapa sahaja dianggap LAWAN.  Kali ini anjing ini sedang menyalak kerana bonekanya belum naik takhta kerajaan Selangor!!!!!

No comments:

Post a Comment