AHMAD ZAHID MINTA DR MAHATHIR HORMAT KEPIMPINAN SEMASA


Oleh: NATASHA JOIBI
editor@mstar.com.my

BANGI: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai hak untuk menyuarakan pendapatnya kepada kerajaan tetapi mesti menghormati kepimpinan semasa, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Seorang pemimpin yang dipilih oleh rakyat perlu dihormati oleh semua orang, termasuk Dr Mahathir.

"Ketika beliau masih menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir menuntut kesetiaan daripada semua orang.
"Saya yakin (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak menuntut kesetiaan yang sama," katanya pada sidang akhbar di sini Selasa.

Dr Ahmad Zahid berkata, menerima komen negatif dan pendapat yang tidak digemari adalah harga yang terpaksa dibayar oleh ahli-ahli politik di media sosial.

"Seorang pemimpin ditakrifkan oleh era beliau. Tidak ada media sosial sebelum ini tetapi sekarang ada banyak.

"Adalah penting untuk memahami bahawa komen-komen negatif itu adalah pendapat peribadi daripada pengguna media sosial termasuk Dr Mahathir," kata beliau.

Apabila ditanya sama ada terdapat permintaan untuk Najib meletak jawatan dari Umno, Dr Ahmad Zahid berkata, tidak ada permintaan seperti itu dibuat di mana-mana cawangan atau peringkat bahagian.

Pada Isnin, Dr Mahathir menulis dalam blog beliau chedet.cc bahawa beliau telah hilang kepercayaan dalam kerajaan setelah berkali-kali menegur dasar-dasar kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang.

Beliau mendakwa pentadbiran Najib telah gagal menjadikan prestasi buruk Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai pengajaran dan terus memperkenalkan dasar-dasar yang telah memusnahkan hubungan antara kaum dan ekonomi negara.

Comments

  1. Salah ke betul apa yang Tun M cakap tu...kalau salah betulkan, tapi kalu betul buat penambahbaikan lagi...bukan melenting....Tun M cakap tu dalam bahasa Malaysia bukan Tamil atau Mandarin pun.

    ReplyDelete
  2. Sudah mula pencacai DSN bersuara. Saya tidak pelik bila yang paling awal bersuara ialah Zahid Hamidi.

    Zahid Hamidi adalah orang yang paling 'tidak berkenan' dengan TDM. Ingat peristiwa dia sebagai budak hingusan cuba 'membelasah' TDM dalam satu Perhimpunan Agung UMNO?

    Sebagai seorang yang ada PhD dan layak meletakkan title 'Dr' di pangkal nama, dia perlu menyatakan fakta fakta secara ilmiah yang menunjukkan apa yang ditegur TDM kepada DSN sebagai tidak menghormati dan tidak setia kepada pemimpin!

    Sekadar membuat kenyataan tanpa bukti bukti kukuh, komen Zahid Hamidi setaraf lah komen lulusan PMR!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju...kalau dgn melayu berani..tapi ngapa dgn cina sial..siap tekan brek pula..
      Siap tarik balik kenyataan..sebab tu la benar kata Tun..menteri menteri kabinet Najib sama macam yg di ilustrasikan olih Tun...pak turut..

      Delete
  3. Zahid x paham bahasa..
    Atau buat2 x paham bahasa
    2 benda berbeza.. antara jilat bontot dan tutoh bontot
    tp zahid buat kita paham..
    Mula2 jilat bontoy
    Lps tu terus tutoh !!!

    Mgkn dia ingat sbg Naib Presiden Umno
    Wajar bersuara pertahankan
    Walaupun adakalanya x perlu
    Membabi buta bg statement
    Sbg Menteri KDN pun x bunyi sgt
    Stkt melalak bila tiba PAU

    Zahid.. Tuan dan lalat taik hijau
    X bnyk bezanya !!

    * lepas ni mgkn lg sorang naib presiden
    Yg tu biasa la... tin kosong bunyi kuat
    Patutnya dia dulu yg bunyi..
    Sepupu katakan !!

    ReplyDelete
  4. Menteri KDN .. DI IBARAT SEEKOR HARIMAU YANG TIDAK GIGI n TARING ..
    CUKUP CUKUP LA JADI BALACI .. SEPANJANG HIDUP .. DOK MENGAMPU .. KIPAS ..
    TOLONG JAGA MARUAH BANGSA DAN AGAMA ..
    BETULKAN LAH SEGALA KEPINCANGAN YANG ADA DI SETIAP ANAK JABATAN KERAJAAN DI BAWAH KDN .. TERUTAMA JABATAN POLIS ..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts