ZED ZAIDI BIDAS TINDAKAN TEOH HINA ISLAM

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Persatuan Seniman mengecam tindakan Pelakon Patrick Teoh yang menghina Islam dalam kenyataannya mempertikaikan keputusan Kerajaan Negeri Kedah semalam.

Presiden Seniman Zed Zaidi menegaskan, kenyataan Teoh itu dilihat tidak profesional sebagai seorang artis yang dikenali di Negara ini.

"Mewakili persatuan, saya mengutuk segala kata-kata kesat yang dikeluarkannya berhubung sentimen agama kita. Kalau dia nak bagi pandangan atau rasa tak puas hati, saya tak kisah. Itu pandangan peribadi. Tetapi saya tidak bersetuju apabila dia menggunakan sentimen agama," katanya kepada Sinar Harian Online.

"Soal agama ini sangat sensitif... boleh bawa kepada peperangan. Dia perlu jelaskan keadaan sebenar.

"Tiada masalah buat beliau membantah sebarang tindakan itu. (Tetapi) yang pergi sentuh agama Islam kenapa? Gunalah kata-kata yang baik. Bukan kata-kata kesat seperti itu," tegasnya.
 

 
Zed Zaidi turut menjelaskan, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan Teoh itu boleh membuat laporan polis disusuli desakan dari pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Seniman akan pantau dulu, tengok kronologi... mungkin akan bawa ke SKMM sebab kita kena siasat secara profesional, kemudian, baru boleh cakap," katanya.

Beliau menambah, Teoh digesa memberi penjelasan secara terbuka dengan menganjurkan satu Sidang Media agar kenyataannya tidak mengeruhkan lagi keadaan dan menimbulkan persepsi lebih buruk terhadap masyarakat.

Patrick Teoh sebelum ini telah melahirkan bantahannya terhadap garis panduan 1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013 yang dikeluarkan Kerajaan Negeri Kedah itu yang diantara lainnya berhubung sembahyang lima kali sehari umat Islam dan pemakaian tudung. Kenyataan tersebut telah beliau siarkan menerusi Laman Sosial Facebook dan Twitter.

Sumber : KLPos dot com

#1MalaysiaTolakFITNAH
#BNBah
#JanjiDitepati
#PASHANYAPARTIPOLITIK
#PRKakiPenipu

Comments

  1. watch out the other foot limping !!!
    u dont want to loose the other one patrick teoh !!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts