KENYATAAN AKBAR : KERACUNAN MAKANAN AKIBAT MEMAKAN KERANG LAUT YANG TERCEMAR (SHELLFISH POISONING)
Menurut hasil siasatan yang dilaksanakan pada hari yang sama, kesemua pesakit telah memakan kerang yang diambil di sekitar kawasan perairan Sepanggar pada pukul 12 tengahari 01 Januari 2013. Antara pukul 3.00 hingga 6.00 petang 01 Januari 2013, mereka mengalami tanda-tanda keracunan seperti kebas di leher, muntah, pening dan sesak nafas. Kesemuanya mendapat rawatan di hospital di mana kenam-enam pesakit telah dimasukkan ke dalam wad.
Dua daripada enam pesakit yang dimasukkan ke wad mengalami gejala yang teruk iaitu dalam keadaan tidak sedar dan mengalami severe anaphylactic shock (kejutananafilaktik). Diagnosa adalah Paralytic Shellfish Poisoning (PSP) (keracunan akibat kerang laut yang menyebabkan gejala kelumpuhan) dan kedua-dua pesakit tersebut dirawat di Unit Rawatan Rapi. Pesakit yang pertama, seorang budak lelaki berumur 14 tahun, telah dibawa keluar dari Unit Rawatan Rapi di atas permintaan keluarga pesakit (at own risk discharge) dan meninggal dunia di rumah pada 02 Januari 2013. Pesakit kedua, seorang budak lelaki berumur 9 tahun, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi pada 04 Januari 2013 manakala empat pesakit yang lain telah dibawa keluar (discharged). Walaubagaimanapun empat orang yang telah dikeluarkan masih berada di dalam pemerhatian kesihatan dan pemantauan pihak hospital.
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah juga telah menghantar sampel kerang dan air laut di kawasan Sepanggar ke Jabatan Perikanan Sabah untuk dianalisa pada 4 Jan 2013. Keputusan mendapati terdapat kehadiran toksin PSP yang sangat tinggi di dalam sampel kerang.
Kawalan dan komunikasi risiko berkaitan bahaya kejadian air laut merah (red tide) telah dilakukan kepada mereka yang terlibat dan pemimpin tempatan taman perumahan yang berkaitan. Di samping itu, sebanyak 30 poster mengenai bahaya kejadian air laut merah (red tide) juga telah ditampal di kawasan tumpuan ramai di taman berkenaan.
Terdahulu, kenyataan akbar telah dibuat oleh Jabatan Perikanan pada 12 Disember 2012 mengenai kejadian air laut merah di laut Pantai Barat Sabah dan larangan memakan makanan seperti kerang, siput dan ikan-ikan kecil. Daerah yang terlibat adalah Kuala Penyu (terutamanya Sitompok Lake), Kota Kinabalu, Pulau Gaya, Sepanggar Bay, (termasuk Kuala Menggatal), Likas Bay, Papar, dan Tuaran di mana sampel yang diperolehi menunjukkan tahap toksin PSP yang sangat tinggi dan membahayakan.
Pada 13 Disember 2012, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah juga telah memaklumkan kepada semua fasiliti kesihatan dan hospital untuk memaklumkan kepada orang awam mengenai kejadian air laut merah ini.
Langkah-langkah Pencegahan
Untuk sementara waktu, disebabkan kejadian air laut merah masih dikesan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Jabatan Perikanan ingin menggesa serta menasihati orang awam supaya;
Tidak memakan kerang dan tidak mengumpul kerang di perairan pantai barat Sabah. Sekiranya ingin memakan kerang, sila pastikan ia tidak diperolehi dari pantai barat Sabah.
Orang ramai adalah diminta untuk tidak memakan makanan seperti kerang, siput dan ikan-ikan pesisir pantai terutamanya yang diperolehi daripantai barat Sabah.
Jika termakan dan mengalami tanda-tanda seperti kebas, pening, muntah dan sesak nafas, sila dapatkan rawatan segera di hospital atau klinik kesihatan berdekatan.
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Jabatan Perikanan Sabah akan memaklumkan kepada orang awam mengenai perkembangan kejadian air laut merah dari masa ke semasa.
Terima kasih.
YB DATUK ROSNAH ABD RASHID SHIRLIN
TIMBALAN MENTERI KESIHATAN MALAYSIA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Comments
Post a Comment