ADUN DAP PULAU TIKUS ISYTIHAR JADI WAKIL RAKYAT BEBAS


Nampaknya.. 1 persatu DAP pula dijangkiti penyakit kehilangan wakil mereka setelah sebelum ini diungguli oleh PKR rakan sekutu mereka. Mungkinkah penyakit ini bakal menjadi wabak pula????

PULAU PINANG 14 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pulau Tikus, Koay Teng Hai hari ini mengisytiharkan menjadi wakil rakyat Bebas.

Teng Hai yang digantung oleh Jawatankuasa Disiplin DAP selama enam bulan pada tahun lepas kerana tidak menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) mengumumkan perkara itu dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Serentak dengan itu Teng Hai berkata, beliau telah menurunkan logo parti di pusat khidmatnya yang merupakan peraturan parti sewaktu ahli digantung.

"Pada masa sama, saya meminta penyokong bertenang," katanya.

Lantaklah. Pu3 belum boleh komen banyak berkaitan pengisytiharan tersebut memandangkan sebelum ini. Dia bukanlah antara yang menjadi fokus pu3 dalam membuat ulasan dalam penulisan pu3.

Apapun. DAP jelas kehilangan seorang lagi kuda mereka.

Comments

Popular Posts