PERHIMPUNAN HARAM DI KOTA KINABALU BAKAL BERDEPAN TINDAKAN BAWAH AKTA HIMPUNAN AMAN 2012



Perhimpunan kebangkitan rakyat yang diadakan secara 'haram' bersebelahan bangunan mahkamah hari ini 12/01/2013 (Sabtu) bakal berdepan tindakan dari pihak berkuasa.


Difahamkan melalui sumber rakan media; perhimpunan yang disertai hampir 500 peserta terdiri dari 18 badan bukan kerajaan (NGO) itu berarak sejauh 300 meter sebelum sampai ketapak perhimpunan.


Kebanyakkan mereka terdiri dari golongan muda terutama mahasiswa beberapa pusat pengajian tinggi awam.

Dalam perhimpunan itu mereka menuntut 11 perkara yang menyasarkan kepada golongan muda dan rakyat Sabah.



Antaranya ialah peluang pekerjaan; kos sara hidup; pendidikan percuma; infrastuktur ditambah baik; jalur lebar percuma; royalti minyak dan kayu balak; hak tanah; mahu negara hijau; pilihanraya bersih; rumah mampu milik dan mengurangkan kadar jenayah.

Perhimpunan yang bermula jam 2.10 petang itu bersurai secara aman kira-kira jam 3.00 petang. 

Menurut rakan media yang menemui , Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang, berkata polis akan segera menyiasat pihak yang terbabit menganjurkan perhimpunan itu semalam.



"Polis akan menyiasat sesiapa sahaja yang terbabit menganjurkan perhimpunan kerana mereka didapati tidak memberi notis kepada pihak polis.

"Apa saja yang kita laksanakan perlu dibuat mengikut undang-undang yang ditetapkan,"katanya ketika ditemui selepas tamat perhimpunan di sini, semalam.

Katanya, apabila siasatan selesai dilakukan, polis akan mengemukakan kepada pihak pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya.


"Walau dilakukan secara aman, mereka patut memberi notis kepada polis, supaya pihak polis dapat bersedia untuk mengawal keadaan seperti lalulintas, jumlah peserta dan lain lain lagi,"katanya.

Katanya, individu atau penganjur yang terbabit akan disiasat dibawah Akta Perhimpunan Aman 2012.
Walaupun perhimpunanakan bukan haram di sisi Allah (komen dari si dayus dalam artikel pu3 sebelumnya) tetapi ia tetap haram perundangan. Akta berkenaan telah diluluskan dan dipersetujui dalam dewan parlimen. sebagai manusia yang normal. Mematuhi undang-undang adalah perkara wajib, mana yang gagal mematuhinya adalah kumpulan manusia yang bukan sahaja tidak amanah, dayus, pengecut, tidak berdisiplin dan munafik! Mereka ini tidak layak dihormati langsung!

#TolakDemontrasiJalanan
#tolakHimpunanKL112
#PRPenipuBesar
#1MalaysiatolakFitnah
#BNBah


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.



Comments

Popular Posts