Followers

KESILAPAN KIRAAN UNDI?????


Macam mana boleh terjadi ya? Gah memperkatakan berlaku BIAS pada SPR dan memperlekehkan kemampuan badan tersebut melaksanakan tugas mereka. Tetapi DAP berbuat kesalahan KIRAAN UNDI dalam konvensyen DAP bulan lepas???? Biar betul!


Kesilapan Kiraan Undi : Bukti DAP Tagih Sokongan dan Undi Melayu


BUTTERWORTH, 5 Jan - Kesilapan pengiraan undi ketika pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan lalu, adalah pengajaran kepada parti itu yang sebelum ini sering menjaja kelemahan Barisan Nasional (BN) untuk meraih sokongan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata pindaan keputusan berikutan kesilapan itu yang sekali gus mengembalikan wakil Melayu dalam CEC, juga menunjukkan DAP tertekan dalam usaha membuktikan ia sebuah parti pelbagai kaum.

"Memang mereka mengakui kesilapan, manusia tidak lari dari membuat silap, tetapi yang sedihnya apabila berlaku kesilapan pada pihak BN riuh sekampung dijajanya, bukan sehari tetapi berhari-hari.

"Mereka tidak tahu kira walaupun tidak sampai 2,000, budak darjah empat pun tahu kira. Ini Tuhan nak tunjuk," katanya selepas majlis penyampaian sumbangan wang ehsan kepada 36 peniaga membabitkan peruntukan sebanyak RM48,000 di sini, hari ini.

Semalam satu akhbar berbahasa Inggeris melaporkan DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan jawatan CEC yang diumum 15 Disember tahun lalu, dan menerusi keputusan yang dipinda itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini menduduki kedudukan 20.

Vincent Wu, yang pada mulanya mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, jatuh ke tempat ke-26 kerana parti itu mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi.

Dalam perkembangan lain, Nor Mohamed berkata, kerajaan pusat terus komited dalam usahanya memastikan rakyat dapat menikmati agihan keuntungan yang diperoleh setiap tahun.

"Agihan keuntungan ini dibahagi menerusi pelbagai program dan sumbangan yang disampaikan terus kepada rakyat. Ini usaha kerajaan untuk memastikan rakyat dapat hidup selesa dan mengembangkan ekonomi keluarga," katanya.

Sumber: KLPos dot Com

Hmmm... Tempat ke 6 jadi 26? Tempat 39 dah beralih ke 20? Terlalu jauh jarak pertukaran tersebut. Lazimnya andai berlaku kesilapan. Jumlah kiraan tersalah dalam anggaran di bawah 10. Sama ada kurang atau lebih. Berdasarkan pengalaman pu3 dalam soal mengira dalam jumlah besar. Tetapi pu3 menjadi musykil. Angka 2ribu itu terlalu banyak sangatker sehingga semua bahagaian urusetia mengira boleh terlepas pandang?

Persoalan timbul dalam otak pu3, takkan jawatankuasa kiraan @ SPR dalam DAP tak lulus matematik walau setakat tahun 6? Atau ada masalah mengenal pasti petak yang dipangkah ( rabun dekat yang kronik) kalau itulah antara 2 masalah yang dilalui oleh jawatankuasa. Kenapa mereka dilantik?

Karpal Singh atau lim guan Eng terlalu sibuk sangat sehingga terlupa masalah jawatankuasa berkenaan? Dan setelah. 20 hari baru perkara ini dimaklumkan dan berlaku kesilapan semasa mengira undi?

Berdasarkan pengalaman yag pu3 perolehi.. Ini hanyalah alasan Karpal singh atau DAP setelah menyedari tembelang mereka yang menganaktirikan ahli Melayu dalam DAP terbongkar melalui konvensyen berkenaan. Orang Melayu DAP semakin ramai sedar bahawa mereka tidak mempunyai tempat baik dalam DAP.

Dalam keadaan DAP sedar ada ahli melayu DAP tersentap dari lena. Mereka mulai bertindak membekalkan semula 'ubat tidur' untuk mendodoi semula melayu DAP dengan pengumuman 'kesilapan pengiraan' dan meletakkan wakil melayu merangkap kesayangan Lim Guan Eng ke tempat 20.

Wahhhh! Andai alasan ini mampu mendodoi semula Melayu DAP yang dah terjaga. Sah! Mereka layak di dalam DAP kerana 'kemelayuan' mereka sudah pupus dalam jati diri mereka. Dengan ertikata lain. Melayu bukan. Bukan melayu pun bukan! Mereka adalah bangsa DAP!

#1MalaysiatolakFitnah
#BNBah
#JanjiDitepati
#PRPenipuBesar 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment