FITNAH : DS ROSMAH BERSUMPAH TIADA WUJUDNYA CINCIN
Pengakuan bersumpah dari DS Rosmah yang selama ini mendiamkan diri atas cerita fitnah pembelian cincin bernilai RM24 juta yang dilemparkan kepadanya sudah cukup memberi tumbukan maut UPPERUP pada mereka yang seronok mencanang cerita .
Lagi menyakitkan apabila bukan sahaja cerita Lynas.. kapal selam. NcR. Altantuya dijadikan isi kandungan lagu kempen DAP. (PU3 tak akan beri tajuk lagu berkenaan. Sebab korang sah ada yang kelam kabut masuk check youtube menambah rangking visit kat youtube tu. Cukuplah pu3 sertakan gambar pelakon pondan meniru di atas tersebut)
Baca dulu ini.....
Saya Bersumpah...Saya Tiada Cincin Itu' - Rosmah
"Saya berani sumpah…saya berani sumpah waallah cincin itu tidak ada di tangan saya langsung,".
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah membuat kejutan besar di hadapan balu-balu tentera malam tadi apabila beliau dengan beraninya telah bersumpah kerana Allah SWT yang beliau tidak mempunyai cincin berlian seperti yang didakwa pihak pembangkang.
Mungkin sudah tidak sanggup menanggung tomahan serta fitnah setiap hari berkaitan kemasukan cincin bernilai RM24 juta ke Malaysia yang dikatakan milik beliau.
Isu cincin berlian RM24 juta yang didakwa milik Rosmah dan kemudiannya diputarbelitkan oleh puak-puak Pakatan Rakyat timbul apabila rekod menunjukkan nama isteri pemimpin nombor satu negara itu dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan.
Bagaimanapun, perkara itu ternyata salah satu agenda politik Pakatan Rakyat dalam usaha untuk menjatuhkan Najib dengan membuat fitnah terhadap Rosmah.
Cincin berlian RM24 juta yang menjadi kontroversi itu sebenarnya dibawa masuk Malaysia disebabkan ada pameran sulit.
Namun, ia telah menjadi kontroversi apabila wujud pemimpin Pakatan Rakyat yang memanipulasikan kemasukan cincin berkenaan dengan membuat fitnah terhadap Rosmah.
Setelah sekian lama berdiam diri, lantas Rosmah hari ini mengambil tindakan nekad dengan melafazkan sumpah demi Allah swt bagi membersihkan namanya yang telah difitnah.
"Tak kisahlah apa mereka nak cakap…biarlah mereka nak buat dosa maka biarlah mereka buat dosa…kita ni sabar sahajalah.
"Selagi saya boleh sabar saya akan sabar…saya tahu agenda mereka yang utama adalah untukk menyerang saya Rosmah dari pelbagai sudut dan isu cincin ada antaranya.
"Jangan nanti bila kita balik, ada pula dengar yang saya ada cincin berjuta-juta harganya maka anda percaya.
"Kalau saya ada cincin itu, mari saya jemput anda datang ke rumah saya dan lihat sendiri cincin itu…tetapi masalahnya saya tak ada cincin itu.
"Sebab itu saya berani bersumpah…kita tak buat salah kenapa kita nak takut tegakkan kebenaran…kenapa kita nak takut bersihkan nama kita," katanya selepas melafazkan sumpah berkenaan.
Menurut Rosmah, sudah menjadi kelaziman untuk puak-puak pembangkang yang begitu membenci dirinya untuk mencipta 1001 fitnah keatasnya.
Justeru, beliau berharap masyarakat tidak mempercayai sepenuhnya segala cerita-cerita buruk berkaitan dirinya sebaliknya siasat sama ada perkara itu benar atau tidak.
"Jadi mereka ini memang suka buat fitnah…kalau ada apa-apa soalan tentang diri saya boleh datang dan tanya pada saya terus.
"Jangan dengar cerita dari mulut orang seperti mereka ini," katanya.
SUMBER: PERAK TODAY
Kal ini. Korang nak kata apa? Pengakuan bersumpah dah dibuat di hadapan balu-balu tentera. Ertinya mereka adalah saksi pengakuan tersebut.
Anwar bila lagi nak buat pengakuan bersumpah kak wan? Dia ada beraniker nak bersumpah.? Daddy hang beraniker nak mengaku n.izzah?
Bagi pu3 lagu kempen DAP menggunakan lagu oppa gangnam versi DAP ni mencerminkan DAP atau pembangkang ni tak pernah serius dalam apa-apa hal. Mereka hanya nak glamour untuk disokong tetapi tak mampu buat kerjapun!
Pu3 cabar pada Anwar sekeluarga atau sesiapa yang terlibat dalam membuat kempen Fitnah ini membuat akuan sumpah atas nama ALLAH mengatakan tuduhan itu adalah benar! Ada BERANI?
#1MalaysiaTolakFITNAH
#BNBah
#JanjiDitepati
#PASHANYAPARTIPOLITIK
#PRKakiPenipu
#BNBah
#JanjiDitepati
#PASHANYAPARTIPOLITIK
#PRKakiPenipu
Comments
Post a Comment