MERAJUK FAKTOR USIA KOT?

Pu3 tertarik dwngan entri OHBULAN blogger pagi ini. Bukan cerita merajuk artis ni tetapi ia masih kaitan MERAJUK. Tapi sebelum pu3 cerita.. baik baca dulu

Biasalah, setiap manusia ada perasaan. Apa lagi jika umur semakin meningkat, hati memang sensitif dan mudah terasa.

Semalam, berlangsungnya sebuah kenduri kesyukuran bagi meraikan kemenangan lagu "Terukir Di Bintang" di Anugerah Juara Lagu 27 (AJL) yang berlangsung baru-baru ini.

Kenduri yang diadakan di rumah Aizat Amdan ini turut dihadiri oleh rakan-rakan terdekat dan juga ahli keluarga serta beberapa orang rakan wartawan yang lain. Namun, apa yang menghairankan ialah hanya artis, Yuna dan Aizat saja yang hadir sedangkan Uji Rashid turut dijemput sekali.

Menurut sumber, Uji Rashid tidak dapat hadir kerana dia terpaksa menghadiri satu jemputan persembahan. Namun, ini telah menimbulkan pertanyaan samada Uji benar-benar tidak dapat hadir atau sengaja tidak datang kerana masih merajuk dengan isu yang terjadi.

Yuna ketika ditemui menjelaskan bahawa antara dirinya dan Uji, tiada masalah yang timbul dan keduanya masih berhubung secara baik.

"Hubungan saya dan Kak Uji  baik sahaja, tiada persengketaan antara kami kerana isu tersebut bukanlah datang dari saya."

Walau apa pun yang berlaku, semoga isu ini reda secepat mungkin dan tidak dipanjangkan lagi.

Sumber: blog OhBulan

Dah baca kan. Ok sekarang baru pu3 nak cerita borak merajuk. Dah hampir PRU ni.. macam-macam fiil sinonim merajuk semakin merebak segelintir manusia . Merajuk tak dapat tempatlah. Merajuk melukut di tepi gantang. Merajuk tak dapat projek. Merajuk tak diajak lepak. Merajuk mungkin tak dicalonkan..... hehejhehehe semua dalam genre MERAJUK

Semalam. Pu3 dengar lagi borak rakan berkaitan merajuk orang tua ni. Adui... tu memang parah. Kalau merajuk kanak-kanak ni. Boleh lagi diurus kerana akal mereka belum berkembang. Lazimnya ia kerana masih usia yang sangat muda dan belum banyak menerima pembelajaran tentang kehidupan.

Tetapi... kalau merajuk orang tua atau lebih sedap penggunaan perkataan 'merajuk dewasa' ni.. susah nak pujuk. Degilnya boleh pecah baru kalau dilagakan. Penyelesaiannya perlu ada yang beralah dan menyerah. Barulah merajuk dewasa ini selesai. Cuma.... sampai bila asyik nak 1 pihak sahaja asyik menyerah dan beralah hanya tak mahu merajuk dewasa ni dibelai perasaannya?

Pu3 teringat kata pemimpin no 1 dalam perjumpaan akhir tahun 2012. Pemimpin dulu diminta memberi peluang kepada kemimpinan muda untuk meneruskan deligasi perjuangan. (Maksudnya zaman kepimpinan sekarang dalam usia muda) tetapi apabila tiba masa memberi ruang kepada kepimpinan muda (kini) susah pula nak mengikuti jejak langkah pemimpin terdahulu. *wa tabiklah kata-kata ini.

Pepatah orang tua melayu dulu. Ala sebut je nenek pu3 pernah nasihat pu3. #Kena beralah pada orang lebih tua. #Kena hormati orang lebih tua.
#kena dengar kata orang tua
#orang tua banyak makan asam garam

Tetapi semasa bertengkar adik beradik. (Biasanya masa kecil. Berebut alat permainan) dah jadi lain pula. Mama pu3 kata. "Kak long... sebagai yang lebiu tua kena beralah dengan adik. Mereka masih muda"

Dua perkara situasi hampir serupa tetapi permintaan berbeza. Dalam soal pentadbiran kepimpinan ini. Biarlah pu3 kata. Soal pengalaman sudah semestinya kepimpinan lama sangat banyak pengalaman mereka. Kerana hidup lebih lama dari kepimpinan muda. Perjalanan kehidupan mereka sangat banyak. Dalam aspek membangunkan minda. Pemimpin muda kini mempelajari apa yang telah dilakukan oleh kepimpinan terdahulu dan diaplikasikan bentuk kepimpinan kini sesuai dengan perubahan zaman.

Dulu nak berkempen selain turun padang. Diedar risalah hardcopy dan listen ceramah. Tetapi kini. Turun padang masih boleh diteruskan untuk 'sentuhan' pemimpin tetapi kaedah kempen dah dipelbagaikan. Anak muda dah jarang bebenor nak pegang kertas. Depa suka pegang gajet merangkap smartphone dan tablet. Depa dah malas nak tekan taip writee kini pakai sentuhan atas screen je search data and info. Depa lebih suka tonton melalui youtube dari nak bersila berhimpit dengar atas rumput (kecuali orang muda yang suka berhimpun dan bertemu secara live)

Contohnya himpunan KL112 baru-baru ini. Jumlah 40-80k tu sememangnya tak boleh dibandingkan dengan angka keseluruhan rakyat Malaysia. Betul kata ketua penerangam UMNo Ahmad Maslan. Jumlah tu. Nak memenangi 1 negeripun tak lepas.

Pu3 sendiri.. walau tak berada di kuala lumpur mahupun kota kinabalu ketika itu. Dengan kecanggihan teknologo komunikasi kino boleh juga kongsikan apa yang pu3 perolehi sepanjang hari tersebut.

Orang dewasa tak akan berdiri kalau tak didokong oleh orang muda. So... yang dewasa ni. Toksahlah nak tunjuk merajuk tu. Geli geliman pu3 nak berdepan perangai merajuk yang ditunjukkan orang tua ni. Kalau kanak-kanak bolehlah pu3 kata tak cukup akal. Tetapi orang tua ni... takkan nak kata tak cukup akal juga?

Nasihat pu3. Di ambang PRU yang bila-bila masa nak diisytiharkan ni. Usahlah amalkan MERAJUK ni. Mengada-ngada sangat. Kalau sayangkan negara dan negari. Kena fikir semula .. ikut hati mati. Ikut rasa binasa. Ikut nasfu sah dapat malu.

Yang mudapun tak payahlah nak biadap. Usah dilayan nafsu gelojoh tu. Tunjukka  bahawa orang muda semangnya sudah sedia mengambil alih dengan bijaksana. Almaklumlah darah muda ni.. kalau gagal dikawal.. lebih kurang jadi akal kanak-kanak juga

Pesanan ini khusus untuk rakan semua termasuk diri pu3.

#1MalaysiaTolakFITNAH
#BNBah
#JanjiDitepati
#PASHANYAPARTIPOLITIK
#PRKakiPenipu

Comments

Popular Posts