TINDAKAN KE ATAS BODYGUARD ANWAR YANG ACU PISTOL

MELAKA 13 Okt. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kertas siasatan melibatkan pengawal peribadi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengacukan pistol ke arah orang awam pada satu ceramah di Jasin dekat sini September lalu telah siap dan akan dihantar ke pejabat Peguam Negara (AG) dalam tempoh terdekat ini.

"Kertas siasatan berhubung insiden tersebut telah lengkap dan kita akan hanitar kepada pejabat AG untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.

Beliau ditemui selepas majlis penganugerahan darjah, bintang, tauliah dan pingat sempena Hari Jadi Ke-74 Yang Dipertua negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.Ismail menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip yang mempersoalkan tempoh masa yang perlu diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat kes tersebut walaupun segala bukti telah dikemukakan  - UM

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments