KEPIMPINAN UMNO WAJIB ALERT!!
Pu3 memang setuju dengan pandangan blogger ini. Saban tahun, ada sahaja tak kena laporan oleh portal pembangkang memburukkan UMNO. Tranperansi dilakukan oleh UMNO dalam saban perhimpunan mengundang bahan tohmahan penulis pirtal pembangkang yang rakus membogelkan UMNO dengan cerita sensasi tak wujud tetapi sengaja diwujudkan.
Baca sini dulu....
Amaran untuk UMNO-haramkan portal pembangkang di Perhimpunan Agung 2012..
Sekian lama Najib dimalukan oleh portal ini..
TANAH Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang akan bermula 26 Nov hingga 1 Dis ini jangan sesekali dibenarkan dan dihalalkan untuk dipijak walau seinci pun oleh-mana wakil akhbar on line terutama sekali MalaysiaKini,Free Malaysian Today dan juga Malaysia Insider apatah lagi akhbar-akhbar milik pembangkang seperti Harakah,Suara Keadilan,Rocket atau apa sahaja yang berkaitan dengan mereka.
Membenarkan mereka ini memijak tanah perhimpunan tersebut dan membuat laporan tentang perhimpunan itu seolah-olah memperlihatkan UMNO ketandusan laporan,kemaruk tulisan dari mereka dan sekaligus menjadikan UMNO seolah-olah muka yang tidak tahu malu kerana membenarkan musuh,penyamun,pengkhianat serta penderhakaan terhadap agama,bangsa dan Negara yang diperjuang serta dipertahakan oleh UMNO selama ini.
Suara On Line ini sekian lama mencerca,menghina dan memuarbelitkan fakta terutama sekali melibatkan UMNO dan kerajaan yang dipimpin oleh UMNO itu sendiri malah kehadiran mereka walaupun tidak diundang untuk taklimat media oleh Ibu Pejabat UMNO baru-baru ini membayangkan bahawa pemberita mereka jenis muka yang tidak tahu malu ibarat muka mereka telah ditampal oleh kulit babi.
Tak dijemput pun mereka sanggup tebalkan muka hadir untuk taklimat tersebut dan menjamah makanan yang UMNO hidangkan walaupun selama ini merekalah yang mencaci maki UMNO dan Barisan Nasional.Jenis sial mereka sudah tidak rasa malu samalah seperti idola mereka,Anwar Ibrahim!
UMNO tidak perlu mengharap laporan yang adil serta saksama dari corak pemberitaan yang jijik serta busuk ini kerana walau bagaimana baik atau jayanya Perhimpunan tersebut, keparat-keparat media ini pasti akan memutarbelitkan fakta dengan teori-teori auta mereka dan sebagai agen asing seperti yang didakwa sebelum ini,Malaysikini terutamanya akan tetap mencari jalan untuk melapor atau menulis berita-berita yang berbau fitnah.
Ibu pejabat UMNO pasti ada rekod untuk menyokong mereka bagi menghalang ibls-iblis yang berselindung di sebalik kebebasan media ini bagaimana mereka memutarbelit serta menyelinap masuk bagi mencari keburukan UMNO untuk didedahkan kepada umum ataupun dijadikan bahan dagangan untuk menjual Negara kepada pihak asing dan dengan apa cara sekalipun penyangak-penyangak media ini harus dihalang bukan sekadar memijak,melintasi bangunan yang menempatkan perhimpunan tersebut pun jangan dibenarkan sama sekali.
Ku Nan jangan bertolak ansur...
Kumpulan media online ini adalah umpama anjing berkeliaran yang diupah oleh pihak-pihak tertentu untuk menghidu dan mencari segala kelemahan UMNO untuk upah yang sedikit bagi diberi makan oleh tuan mereka dan mereka inilah perkakas yang digunakan bagai menjahanamkan kestabilan negara serta perpaduan kaum.
UMNO juga tidak perlu dan diberi amaran untuk tidak bertolak ansur dan mempercayai slogan telus dan adil dalam laporan mereka kerana terbukti MalaysianKini,Malaysian Insider dan Free Malaysia Today,pemberita mereka dididik untuk jadi seorang penulis yang tidak bermoral dan sanggup melakukan apa sahaja termasuklah meruntuhkan negara ini dan mereka sedang gigih berusaha kearah itu menjadi media sokongan mengulingkan kerajaan sedia ada yang dipimpin oleh UMNO.
Lebih malang lagi kebanyakan pemberita yang berkerja di syarikat ini adalah terdiri daripada orang-orang Melayu yang beragama Islam tetapi mereka ini sanggup dan rela diperkudakan untuk menjadi tunggangan pihak asing untuk mengkhianati agama,bangsa dan negara mereka.
Sekali lagi diingatkan kepada kepimpinan ibu pejabat UMNO,jangan sesekali dibenarkan ataupun diberikan tempat kepada mereka ini kerana mereka tidak layak untuk berada bersama-sama dalam majlis tersebut malah mereka ini halal untuk kita ludah mereka ini lantaran perbuatan serta pembabitan mereka selama ini yang sepanjang masa memutarbelitkan laporan dalam setiap penulisan mereka.Jangan sampai salakan anjing-anjing ini menyakitkan telinga kita..!
Pemberita ini boleh berubah wajah pada bila-bila masa dan menjadi seperti sesumpah yang dukar dikenali dan kadang-kadang mereka ini ibarat buluh yang pepat dluar tetapi rencung didalam dan kalau UMNO bertolak ansur dalam waktu yang hampr dengan PRU13 in dengan memberi muka kepada mereka,UMNO bakal berdepan dengan situasi yang tidakl terkawal bakal dicetuskan oleh kalangan pemberita fasik dan munafik ini,
Sumber: Sanggah tok Janggut blog
Perkara seperti ini, usah dibiarkan berterusan. Memang niat kita nak baik tetapi depa ni bukan sama nawaitu dengan UMNO! Depa suka merosakkan persepsi khalayak kepada UMNO. Nama lagi portal pembangkang!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Comments
Post a Comment