STOP! BANYAK PERKARA KENAPA INI JUGA DISENTUH??


Pu3 baru membaca artikel yang pu3 tak tahu nak letak di mana kategorinya. Tetapi seharusnya tidak sesuai diulas sepenuhnya.

Persoalan pu3, kenapa dalam banyak-banyak hal. Isu obersiti pula dikiaskan. Perkara berkaitan persidangan itu hanyalah cerita yang disentuh secara sepintas lalu! 


Soal obersiti ini, ianya adalah perkara sensertif untuk disentuh. Menegur boleh tetapi usah dibicarakan dan secara terang-terangan 'menembak'. Agaknya si penembak ni tak ada masalah 'kebesaran' badan kot. Tu yang tak alert dengan perasaan orang yang menghadapi masalah tersebut. 

Biar pu3 berterus terang, walaupun YB datuk rosnah mempunyai masalah sedemikian, tidak sekali-kali datuk rosnah lupa memberi nasihat dan menegur di kalangan rakan pu3 yang agak cuai menjaga pemakanan. Beliau dengan rendah diri menjadikan dirinya sebagai contoh, agar ahli pu3 tidak mengikuti menghadapai masalah sepertinya.

Bukan nak membodek, tetapi sifat sharing n caring datuk rosnah ini disaksikan sendiri oleh pu3. Tak salah untuk pu3 kongsi pengetahuan pada pembaca lain.

Tak ada manusia yang berkehendak memiliki 'kebesaran' tetapi kekdang selalunya ia berlaku dasar psikologi atau persekitaran yang tidak dapat dielakkan. Obersiti ini berlaku bukan hanya kegagalan mengawal pemakanan. Malahan ia juga faktor waris .

Sebagai seorang pemimpin, pu3 melihat Ketua puteri sudah berusaha untuk memenuhi kehendak, malahan dalam mendedahkan data obersiti ini, pu3 sangat kagum dengan keberanian YB datuk rosnah kerana tidak mempedulikan pandangan sinis kepimpinan lain semasa membentangkannya. 

Sifat keberanian inilah yang kita perlukan , biar merendahkan diri tetapi akur dengan sesuatu fakta. Tidak menyembunyikannya walau sedikit sebanyak memalukan diri sendiri.

Pada pu3 sifat seperti ini wajar diberi kepujian, bukan kritikan yang mengaibkan. Yb datuk tahu membezakan. Di mana tanggungjawabnya sebagai seorang kepimpinan dan di mana letaknya keperluan pribadi.


Berkenaan sindiran mengatasi 'kegatalan' dalam masyarakat ini. Pu3 memang pelik dengan penulis blog husin lempoyang. Kenapa nak dibabitkan naib ketua puteri dalam hal mengajak kempen? Adakah masalah 'kegatalan ' ini hanya melibatkan seorang yang berkait?

Isu sebegini, ia berlaku sebilangan masyarakat tidak kira usia mahupun jantina. Dan ianya tidak mampu diukur menggunakan data atau peta pengukur kepanjangan atau kelebaran , tiada timbang berat keringanan mahupun keberatan 'kegatalan' itu. 

Adakah individu memiliki 'kegatalan' itu mahu mengakui dirinya memiliki 'kegatalan'? Adakah 'kegatalan' dalam masyarakat ini umpamam trend pakaian yang boleh dibuang apabila musimnya habis? Atau hakikatnya ia adalah sikap dan perkaitan psikologi seseorang itu?

Persoalannya, masalah psikologi atau pembawaan ini, mampukah dipulih dengan hanya ditegur atau sebenarnya ia adalah kawalan diri sendiri?

Nasihat pu3, penulis blog ini hanya tahu melihat kepincangan. Individu lain, tanpa sedar diri sendiri mempunyai kelemahan TERBESAR iaitu melihat keburukan individu lain. 

Soal kegedikan ini. Ramai lagi individu lain. Tetapi kenapa fokus kepada puteri semata? Nampaknya blogger ini, memang sudah ketandusan idea sehingga mencari isu yang meremehkan kredibiliti kepimpinan muda yang menyerlah!

#BNBagus
#BNBah
#JanjiDitepati
#ABCD - Asal Bukan Cina DAP


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

  1. aku sebagai ajk pu3 bhgn pun kena kutuk dgn ketua pu3 bhgn....
    sesuka pggl aku gemuk depun semua ajk....
    aku sedar la aku gemuk....tp jgn nk jatuh kn maruah org lak....mcm ne la dia leh jd ketua....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simpati saya pada saudari. Situasi ini memang berlaku pada mereka yang mengalami masalah 'kebesaran' badan. Apa yg saya boleh nasihatkan. Ambil contoh YB datuk rosnah yang tidak layan tohmahan orang ke atas dirinya. Dan secara pribadi, saya boleh katakan, Ketua puteri saudari tu, tidak matang dalam menjaga hubungan dengan orang lain. Tak apa lah saudari, saya yakin, saudari sangat tabah dan cekal.

      Delete
    2. terima kasih ye cyber pu3....
      skrg ni sy dh mula kurg dgn pu3 umno.....
      sy dh tawar hati....
      tp sy tetap dgn umno....

      Delete
    3. Maksud saudari puteri umno di bahagian saudari kan? Suatu kerugian puteri di bahagian saudari kerana nak slowkan penglibatan di sana.

      Saya harap, hal ejekan itu bukanlah isu besar membuat saudari merajuk. Anggaplah ia pendorong kekuatan saudari. Ambillah contoh ketua puteri umno malaysia. Diejek di aibkan hanya 'kebesaran' badannya. Dia still bersemangat bekerja.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts