SIAPA HARAKAHDAILY ATAU DAP NAK KATA BOLEH BUAT KENYATAAN MEWAKILI PM????
::Pewaris Anak Bangsa::
Memang pu3 sedikit pelik. kenyataan yang dibuat Presiden MCA boleh pula harakahdaily dengan seronok dan bangganya mengatakan bahawa UMNO terutamanya YAB Najib menyokong sorak ke atas kenyataan tersebut. soalan pu3, sejauhmana ilmu penulis artikel atau DAP yang boleh membaca minda Perdana menteri Malaysia dan siapa DAP atau editor Harakah daily nak menjadikan diri merela berhak mewakili YAB Najib dalam isu kenyataan tersebut.
Dahsyat juga ilmu telipati depa ni sehingga boleh menyatakan pendirian yang bukan lahir dari diri mereka. hahahahahaha.. bagi pu3, ini kenyataan atau pandangan SYOK SENDIRI hanya kerana YAB PM tak menghentam atau mengeluarkan sebarang kenyataan balas terhadap isu tersebut. pada pandangan pribadi pu3, penulis artikel harakahdaily dah terlupa. pandangan mereka ini adalah pandangan yang mempunyai unsur FITNAH. agaknya, mereka terlupa bahawa di Malaysia sendiri terdapat akta Fitnah yang boleh disabit .
Memang pu3 sedikit pelik. kenyataan yang dibuat Presiden MCA boleh pula harakahdaily dengan seronok dan bangganya mengatakan bahawa UMNO terutamanya YAB Najib menyokong sorak ke atas kenyataan tersebut. soalan pu3, sejauhmana ilmu penulis artikel atau DAP yang boleh membaca minda Perdana menteri Malaysia dan siapa DAP atau editor Harakah daily nak menjadikan diri merela berhak mewakili YAB Najib dalam isu kenyataan tersebut.
Dahsyat juga ilmu telipati depa ni sehingga boleh menyatakan pendirian yang bukan lahir dari diri mereka. hahahahahaha.. bagi pu3, ini kenyataan atau pandangan SYOK SENDIRI hanya kerana YAB PM tak menghentam atau mengeluarkan sebarang kenyataan balas terhadap isu tersebut. pada pandangan pribadi pu3, penulis artikel harakahdaily dah terlupa. pandangan mereka ini adalah pandangan yang mempunyai unsur FITNAH. agaknya, mereka terlupa bahawa di Malaysia sendiri terdapat akta Fitnah yang boleh disabit .
Fitnah atau Defamation ini boleh dikategorikan kepada dua iaitu libel dan jugaslander. Libel adalah fitnah-fitnah yang dilemparkan dalam bentuk yang kekal seperti di buku, majalah, video, filem, tugu dan sebagainya. Manakalaslander pula merujuk kepada fitnah yang disampaikan dalam bentuk kata-kata atau gerak gaya (gestures). Agak penting mengenal pasti yang mana satuslander dan yang mana satu libel kerana undang-undang mengenakan tanggungan berbeza terhadap kedua-duanya. Satu tuntutan bagi fitnah yang dilakukan secara slander hanya boleh dibuat jika orang yang menuntut (claimant) dapat menunjukkan kerugian khas (special damages , kecuali dalam kes-kes tertentu). Tetapi dalam libel undang-undang menganggap kerugian telah dialami dan tuntutan boleh dibuat apabila sahaja yang dituntut membuat fitnah secara libel.
Harus diingat kenyataan yang membawa kemarahan sahaja tidak mencukupi untuk dijadikan asas bagi tuntutan dalam tort fitnah. Ia hendaklah menjatuhkan reputasi seseorang di mata masyarakat (rujuk perenggan ke dua di atas) atautelah mengakibatkan kerugian dari segi profesion seseorang. Oleh itu, setelah dikenalpasti akan sesuatu kenyataan itu sebagai satu fitnah, maka soalan yang ditanyakan adalah: Adakah ia boleh merendahkan reputasi dan martabat orang yang difitnah di mata masyarakat? Adakah kenyataan itu akan menyebabkan orang yang difitnah terdedah kepada kebencian, dimalukan atau kehinaaan? (hatred, ridicule, or contempt [Rujukan: Sim V Stretch [1936] All ER 1237 (HL).
Dalam Islam ittu sendiri, Harakahdaily mengakui bahawa mereka ini merupakan pihak pejuang Islam. Tetapi seringkali terlupa bahawa kenyataan memihak DAP ini adalah melanggari hukum dalam Islam itu sendiri.
Islam menganggap fitnah satu daripada sifat mazmumah (tercela) dan dilarang Allah seperti dalam firman-Nya yang bermaksud:
- Fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan. (al-Baqarah: 191)
- Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah. (al-Qalam: 29).
Oleh itu, kita perlu menjaga dua perkara dalam berinteraksi iaitu input dan output. Di kebanyakan waktu dan ketika, kita perlu mempunyai usaha dalam menapis maklumat yang diterima.
Justeru, Allah SWT memerintahkan kita untuk tabayyun iaitu menganalisis dan mengkaji terlebih dahulu maklumat yang kita perolehi. Firman Allah SWT yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujurat: 6)
Sikap tabayyun ini sangat perlu kerana berkemungkinan maklumat yang sampai kepada kita adalah tidak benar ataupun merupakan fitnah yang sengaja diciptakan untuk memburukkan seseorang.
Dalam hal ini pendekatan yang betul sangat penting agar kita tidak terperangkap. Justeru, apabila menerima satu-satu maklumat jangan mudah menerimanya tanpa terlebih dahulu dipastikan kebenarannya atau difahami maklumat berkenaan.
Sebagai contoh, seorang hakim tidak boleh membuat keputusan tanpa bersikap adil dalam memperolehi maklumat. Justeru, hakim perlu memanggil kedua-dua pihak sama ada tertuduh atau yang menuduh.
Kita tidak boleh menghukum seseorang dengan sentimen. Islam mengajar kita menghukum berdasarkan maklumat yang tepat.
Ia seperti yang disebut dalam satu kaedah, “Menjatuhkan satu-satu hukuman dalam sesuatu perkara hendaklah berdasarkan tasawur yang jelas tentang perkara tersebut”.
Dalam sejarah umat Islam, kita menyaksikan betapa fitnah membawa bencana dan malapetaka dalam masyarakat. Fitnah inilah yang membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman r.a yang dituduh menjalankan dasar kronisme dan nepotisme dalam pentadbirannya.
Fitnah juga menyebabkan berlaku pertembungan di antara para sahabat besar seperti Saidina Ali bin Abi Talib r.a dan Muawiyah bin Abi Sufyan r.a.
Munir al-Ghadban menyebut dalam kitabnya berkenaan Muawiyah bin Abi Sufyan: “Aku tidak berpendapat bahawa adanya suatu peribadi di dalam sejarah umat Islam yang terdiri daripada kalangan para sahabat yang awal, yang ditarbiah dengan tangan Rasulullah SAW dan mereka yang hidup dengan wahyu langit, lalu diperburukkan, dibohongi mengenainya dan didustakan kepadanya seperti yang terkena pada Muawiyah bin Abi Sufyan r.a…”
berbalik dengan kenyataan Presiden MCA. penulis artikel harakahdaily tak seharusnya mengatakan penolakan MCA sebagai menolak Islam dengan menolak amalan hudud Pas yang asyik timbul tenggelam mengikut banjir tsunami Pilihanraya. Dekat nak PRU, barulah timbul buih cerita nak laksanakan Hudud. habis demam PRU, cerita ini tenggelam dalam pesta alpa mereka. Seolah-olah ini fiesta iklan bermusim. soal MCA ini kita ketepikan. namun yang nak pu3 tegur, mengaitkannya konon kenyataan MCA ini disokong dan didukung oleh UMNO itu sendiri. Nak kata bodoh piang penulis ni, kira dah cerdik buat cerita ikut sesedap nafsunya semata.
terima kasihlah saudara yang rajin sangat mengpos gambar sokongan depa kat wall bos pu3. tak apa, dia suka sebab itu dia tak block apa lagi delete gambar2 tersebut. lagi dia suka sebab posting tu umpama hadiah tak perlu menjejak bahan.
#BNBah
#BNBagus
#JanjiDitepati
salam mohon pautan blog PecahPalakMikir.Blogspot.Com semoga kita dapat jalin jaringan perjuangan yg besar
ReplyDeleteBolah. Insyallah. Terima kasih
Delete