BILA NAK SEDAR NI????


Pu3 baca temubual lajim bersama wartawan Sinaran. Kenyataannya berulang-ulang berkenaan persengketaannya dengan Ketua wanita UMNO Bahagian beaufort Datuk Azizah. Dia marah apabila YB ADUN Klias itu bertanding merebut jawatan Ketua UMNO bahagian beaufort 2008. Kononnya DSP musa pasang 'orang' menentang dirinya. Tetapi lajim tidak pun menceritakan kisah kenapa datuk azizah marah sangat dengan lajim?! Kenapa Datuk azizah dengan sengaja bertanding. 

Kenapa lajim tidak dedahkan usahanya menanaktirikan YB ADUN ketika pilihanraya 2008? ( Pu3 yakin. Dia tak akan cerita punya. Dah akan kena batang hidungnya.)

Siapa Juahir? Kini ketua Wanita PPS? Sejak dulu semua tahu juahir adalah orang yang kuat bersama Lajim. Bertanding kalah bagi jawatan ketua Wanita UMNO bahagian beaufort.? 

Kenapa DUN Kuala penyu kalah 2004? Sabotaj? Lajim buka cerita kononnya hanya kerana kekalahan di DUN kuala penyu PRU-11. Jawatan Timbalan ketua menteri dilucutkan darinya. ( Itu jawatan mutlakker lajim?) 

Lajim kata dia, dituduh sabotaj BN di kawasan Kuala Penyu? Pu3 tak nak katalah ada bukti ucapan lajim ini menolak calon BN di kuala penyu pada masa itu. Walaupun ada angin bertiup melaporkan kepada pu3, memang ada strategi lajim kempen menyokong John gani yang ketika itu bertindak bertanding menjadi calon bebas.

Yang pasti, menurut rakan pu3. PRu-11 itu. Jawatankuasa UMNO beaufort, wanita, pemuda dan puteri Tak turun berkempenpun ke kuala penyu yang ketika itu Lajim sudah menang tanpa bertanding di DUN klias. (Maaflah terpaksa dedahkan perkara sebenar walau tempiasnya mungkin kena pada mereka yang masih setia pada uMNO kini.)Mereka sibuk pula masuk kawasan parlimen Sipitang terutamanya untuk Kawasan DUN Lumadan ketika itu calon BN Datuk surinam. Dengan alasan tak banyak kerja kerana DUN klias sudah menang. Rombongan dari kawasan lajim, boleh pula merayau sehingga kawasan DUN sindumin. Dari markas ke markas. Sehingga menimbulkan rasa pelik petugas PRU kawasan parlimen sipitang. Peliknya Dun kuala penyu kawasan mereka sendiri tidak dibantu? Mogok? Lebih kuranglah tu. Penjawat tu tak berani buat macam tu kalau ketua Bahagian Lajim mengarahkan mereka berkempen di Kuala penyu. 

kes mogok ni apabila sampai ke pengetahuan atasan, bukan orang melapor tau, pemantau berpakaian biasa sentiasa memerhati. Baru lah kelam kaut mantan ketua umno bahagian beaufort ini mengarahkan jenteranya turun ke Kuala Penyu! tak percaya, sila tanya pada mantan Setiausaha bahagian Hj jusih sarin (sekali lagi pu3 yakin , mantan ini tidak akan akuinya!)
Takkan nak kata jawatankuasa bahagian atau petugas pilihanraya ingkar arahan ketua? Kalau ingkar, nampak pula lajim ni memang tidak ada kredibilitinya sebagai pemimpin. Orang bawahanpun enggan mengikut arahannya! ( Pu3 tak nak cerita kenapa tindakan itu berlaku. Panjang berderet. Tetapi andai terpaksa. Pu3 akan ceritakannya pada artikel akan datang kelak)

Masalah air di kuala penyu? Semasa lajim memegang portfolio timbalan Menteri perumahan dan kerajaan tempatan? Apa yang dibuatnya untuk permasalahan tu? Kenapa nak menyalahkan kerajaan negeri Sabah dalam masalah tersebut 100%. Takkan lajim sebagai timbalan menteri tidak boleh bertindak membuat permohonan peruntukan mengatasi masalah yang sudah sekian lama dirasakan oleh masyarakat kuala penyu? Lainlah kalau tidak hanya wakil rakyat tidak memegang apa2 jawatan di kementerian. Bolehlah lepas tangan persalahkan pihak kerajaan lain.

Agaknya peristiwa 2004 tu lajim tengok dirinya sahaja orang benar dan pihak lain tidak benar. Cerita sekerat-sekerat sahaja hal masalah konon dia mangsa kerajaan BN sabah. Tapi pemimpin yang dimangsakannya kenapa tidak didedahkan sama kalau dia benar tulus? Begini pemimpin mau diangkat jadi ketua? Ceh!!!!

Lajim. Janganlah ke sana sini hanya nak memburukkan BN Sabah. Walhal kejadian berlaku memang berpunca dari diri awak sendiri. Muhasabah diri dulu pakcik. Jangan asyik menjadikan perkara berlaku berpunca salah orang lain.

Sudah berapa kali DSP musa mengulas berkenaan 2008 lalu. Tiada penglibatannya dengan tindakan Datuk azizah bertanding ketua Bahagian. Malahan pernah menasihatkan ketua wanita itu sendiri untuk tidak bertindak sedemikian. Datuk azizah sendiri menyatakan bahawa ia dilakukan atas kehendak dirinya bukan didorong oleh pihak lain termasuk DSP musa sendiri! 

Ps: orang sabah bilang , orang tidak mahu terima kenyataan ni TUBAL atau erti lain. BEBAL. 

#BNBah
# BNBagus


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts