KERANA DENDAM. ARIF RELA DIPERKUDA DAP -PERMATA
Rosmah terus dijadikan kambinghitam!
ARIF SABRI ataupun blognya `Suckmongkol' nampak gayanya semakin meroyan apatah lagi bila dia dinyanyikan oleh DAP untuk bertanding di Parlimen Raub ataupun Puchong pada PRU13 nanti dan tindakan beliau menjadikan program PERMATA sebagai senjata atau mengkambinghitamkannya adalah untuk memperlihatkan beliau seorang pemimpin yang cerdik dan tidak sia-sia DAP menerima beliau sebagai ahli.
Untuk meneruskan survival politiknya setelah UMNO menolak beliau dan rakyat menghukumnya,Arif berpaling arah dan mencari dahan baru,akhirnya beliau dikutip oleh DAP daripada terus menjadi sampah politik jalanan dan DAP berjaya `memurtad'kan politk Arif dari seorang melayu untuk menjadi pendokong fahaman DAP yang sedang berusaha gigih mengkristiankan Negara ini.
Sebelum ini beliau ditolak oleh rakyat dalam DUN Pulau Manis kerana beliau merasakan hanya beliau yang cerdik dan semua rakyat itu tidak tahu apa-apa dan bodoh belaka dan kita percaya Arif yakin semua rakyat akan percaya dengan apa yang beliau paparkan melalui tulisannya itu sebagaimana beliau menganggap rakyat Pahang tidak cerdik dalam segala bidang kecuali beliau.
Arif Sabri ini lulusan ekonomi tetapi bila beliau mengulas tentang PERMATA seperti yang disiarkan oleh sebuah portal memperlihatkan bahawa beliau masih terlalu cetek dan dungu serta tolol untuk menilai program PERMATA ini dari sudut jangka panjang malah tulisannya dilihat penuh dengan endam kesumat dan niatnya bleh ditafsirkan adalah untuk memperlekehkan usaha kerajaan serta isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor.
Seorang Melayu yang diangkat oleh DAP sebagai pejuang mereka kalau dilihat daripada latarbelakangnya langsung tidak layak untuk membicarakan soal PERMATA ini. Arif yang pernah menggemparkan dunia blog tanahir kerana menceraikan isterinya melalui blog dan difahamkan tidak mempeduli pun anak-anak dengan bekas isterinya yang juga seorang penulis blog.
Tulisan ataupun kupasan Arif tersebut tentang peruntukan Bajet PERMATA untuk perkembangan perlaksanaan anak-anak Negara ini seperti mahu menghalang program ini diadakan dan mungkin kerana Rosmah Mansor yang menjadi Penaung,Arif menyerang Permata ini untuk kepentingan politik beliau dan mahu menanamkan kebencian rakyat terhadap isteri Perdana Menteri ini.
Malang bagi Arif sebelum beliau menulis,beliau tidak menyelidiki fakta tentang bajet ini dan menulis dengan semborono dan cuba mengelirukan rakyat dengan teori karur marutnya dan mungkin kinonnya mahu menujukan beliau pakar dalam bab-bab ekonomi dia cuba memutarbelitkan fakta.
BACA disini sebelum meneruskan bacaan bagaimana Arif Sabri ini cuba memutarbelitkan fakta dan memperbodohkan kita semua dengan teori busuk hatinya dan untuk membetulkan kebodohan dan ketololan Arif Sabri dalam isu PERMATA ini,mari kita buka minda dan otak DAPnya bahawa peruntukan bajet PERMATA sebanyak RM100 yang diluluskan pada tahun 2010 diturunkan sepenuhnya ke Jabatan Perdana Menteri sebagai jabatan yang bertanggungjawab ke atas pelaksanaan program-program PERMATA dan bukan masuk poket Rosmah Mansor.
Pengurusan kewangan pula dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA) mengikut segala peraturan kewangan yang sedang berkuat-kuasa sebagai mana diarahkan oleh Kementerian Kewangan. Pengurusan Kewangan di Bahagian PERMATA juga diaudit oleh Unit Audit Dalam, Jabatan Perdana Menteri untuk memastikan kepatuhan kepada semua peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa.Jangan bebal dan bodoh sombong Arif dengan menulis secara membuta tuli!
Program PERMATA telah diluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi I pada tahun 2009 di mana sebanyak RM130 juta telah dibelanjakan dan bakinya telahpun dikembalikan ke Kementerian Kewangan.
Peruntukan RM130 juta digunakan untuk memperluaskan pelaksanaan Program PERMATA Negara ke seluruh negara dengan hampir RM77 juta telah disalurkan ke KEMAS, RM16 juta ke Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, RM8 juta ke Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dan bakinya diagihkan ke TASKA Tempat Kerja/TASKA Komuniti di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, National Children Development Research Centre di Universiti Pendidikan Sultan Idris.Anda faham bahasa kah tidak ni Arif?
Peruntukan RM100 juta pula yang diluluskan pada tahun 2010 juga telah disalurkan mengikut kaedah yang sama seperti di atas manakala tiada sebarang peruntukan tambahan diterima pada tahun 2011 dan 2012 melainkan peruntukan Belanja Mengurus bagi mengoperasikan 82 buah Pusat Anak PERMATA Negara oleh Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri. Arif ini belajar ekonomi tapi otak penuh dengan kebebalan.
Kepada Arif yang bodoh sombong dan jadi alat DAP ini..Ini faktanya lagi..Kementerian Pelajaran telah pun mewujudkan Dasar Pendidikan Awal untuk kanak-kanak berumur dari 4 hingga 6 tahun dan telah menyediakan Kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun di bawah Akta Pelajaran 1996. Kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan ini digunapakai oleh semua Pra Sekolah dan TADIKA yang sedang beroperasi.
Namun begitu sehingga tahun 2008, negara kita masih belum ada satu dasar yang komprehensif yang menggabungkan aspek asuhan dan didikan awal kanak-kanak berumur di bawah 4 tahun di negara ini. Pada masa yang sama, tiada satu kurikulum kebangsaan digubal untuk mengintegrasikan aspek asuhan dan didikan awal kanak-kanak di bawah umur 4 tahun di Malaysia. Walaupun Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) diwajibkan kepada semua pengusaha/pengasuh berdaftar di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, namun demikian aspek utama KAAK memberi tumpuan kepada asuhan dan keselamatan kanak-kanak.
Oleh itu, keperluan menyediakan program ECEC yang berkualiti adalah sangat penting bagi menentukan hala tuju Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak (atau di luar negara dikenali sebagai Early Childhood Education and Care atau ringkasnya ECEC). Ini kerana pelaburan yang dibuat untuk setiap kanak-kanak yang baru lahir pada hari ini akan memberikan pulangan yang amat besar di masa hadapan. Di samping itu, program ECEC yang berkualiti adalah asas kepada pembangunan modal insan yang produktif di abad ke-21. Pada 24 Oktober 2008, kerajaan telah meluluskan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan khusus untuk kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun meliputi 4 komponen utama iaitu:
(i) Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan;
(ii) kemudahan Fizikal;
(iii) tenaga pendidik; dan
(iv) penglibatan Ibu Bapa.
Pembangunan kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanak-kanak secara menyeluruh adalah sangat penting. Ia akan meneruskan kesinambungan dalam pedagogi asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang merangkumi umur dari lahir sehingga selesai persekolahan. Program PERMATA telah pun menggubal kurikulumnya tersendiri serta dinilai melalui ujian kajian pemakaiannya di kalangan kanak-kanak di Pusat Anak PERMATA Negara. Hasilnya adalah memberangsangkan dalam pembangunan awal kanak-kanak secara holistik, meliputi pendidikan, pengasuhan, nutrisi dan kesihatan. Oleh itu, Kurikulum PERMATA telah dipersetujui dijadikan sebagai Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan. Pada Arif Sabri,cukuplah bercerai melalui blig dan jangan pula cuba membunuh program Permata ini dengan tafsiran politik serta pemikiran sempit kamu…!
Dari segi penyediaan kemudahan fizikal dan peralatan pembelajaran, pembinaan adalah dirancang dengan teliti agar dapat memberi kesan optimum kepada perkembangan pembangunan potensi kanak-kanak. Penyediaan kemudahan peralatan pembelajaran luar dan dalam di semua Pusat Anak PERMATA Negara dan TASKA kelolaan kerajaan yang menggunapakai Kurikulum PERMATA Negara adalah mengikut keperluan yang telah diterimapakai di peringkat antarabangsa seperti peralatan main air dan main pasir yang dianggap sebagai komponen penting untuk kestabilan emosi dan kognitik kanak-kanak.
Masa depan mereka ditangan kita..
.
Kurikulum PERMATA Negara telah dibangunkan selaras dengan kurikulum Sure Start yang diguna pakai di Pen Green Centre, Colby, England. Kurikulum ini telah diuji rintis di 14 buah Pusat Anak PERMATA Negara dan ia telah dikaji semula serta dibuat penambahbaikan dengan mengambil kira kurikulum-kurikulum KAAK dari JKM, kurikulum Sijil Asas Pendidikan Awal Kanak-kanak TASKA dari KEMAS. Hasil daripada penambahbaikan ini, maka sebuah kurikulum kebangsaan yang lengkap telah digubal untuk kegunaan TASKA di seluruh Malaysia dinamakan Kurikulum PERMATA Negara.
Oleh itu, jelas bahawa Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak atau dikenali sebagai Program PERMATA Negara adalah satu program khusus untuk kanak-kanak dari lahir sehingga berumur 4 tahun dan berbeza sama sekali dengan TADIKA yang dikhususkan untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun dan menggunapakai Kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan.
Pada peringkat awal pelaksanaanya, kumpulan sasar bagi dasar ini adalah kanak-kanak di bawah umur 4 tahun khususnya bagi kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah dari kawasan luar bandar dan pinggir bandar melalui penubuhan secara berperingkat 82 buah Pusat Anak PERMATA Negara (tempoh 2007 hingga 2012).
Walaubagaimanapun mengikut statistik 2007, populasi kanak-kanak yang berumur di bawah 4 tahun adalah seramai 3,116,200 orang. Daripada jumlah ini hanya 10% atau seramai 300,000 orang kanak-kanak yang dianggarkan menghadiri taman asuhan kanak-kanak di 8,841 buah TASKA (iaitu 2,176 buah TASKA yang berdaftar dengan JKM dan 6,665 buah TASKA yang tidak berdaftar dengan JKM). Dan dimaklumkan bahawa kesemua TASKA ini tidak menggunakan kurikulum khusus dan lebih tertumpu kepada aspek pengasuhan sahaja.
Dianggarkan juga daripada 8,841 buah TASKA ini, hanya 30% atau 2,653 buah TASKA (berdaftar dan tidak berdaftar) terletak di kawasan luar bandar yang memberikan perkhidmatan pengasuhan kepada 80,000 orang kanak-kanak bawah umur 4 tahun. Daripada jumlah 2,653 buah TASKA ini, sebanyak 304 buah TASKA adalah di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan bilangan kanak-kanak seramai 3,654 orang.
Berdasarkan kepada statistik di atas, hampir 90% atau seramai 2,816,200 orang kanak-kanak bawah umur 4 tahun tidak mendapat pendedahan kepada apa-apa program ECEC yang mana amat kritikal bagi merangsang perkembangan awal pembangunan minda mereka. Sekiranya trend ini berlanjutan di mana hanya 10% sahaja kanak-kanak bawah 4 tahun mendapat akses kepada mana-mana program ECEC, adalah diunjurkan bahawa pada tahun 2020 bila mana Malaysia disasarkan mencapai taraf negara maju, hampir 3,399,480 orang kanak-kanak bawah umur 4 tahun tidak berpeluang mengikuti program ECEC.
Keadaan ini menunjukkan bahawa keperluan untuk menyediakan program ECEC bagi kanak-kanak bawah 4 tahun adalah amat kritikal. Kanak-kanak ini sepatutnya diberikan pendedahan kepada program ECEC yang lebih sistematik dan terancang sebelum memasuki persekolahan secara formal.
Berdasarkan kepada statistik di atas, maka bertepatanlah dengan keputusan kerajaan meluluskan Kurikulum PERMATA Negara sebagai Kurikulum Kebangsaan dan akan digunapakai di semua TASKA bagi membolehkan semua kanak-kanak di TASKA mendapat peluang mengikuti program ECEC yang baik dan berstandard.
Program PERMATA Negara tidak dianggap sebagai pembaziran ianya telah mula membuka perhatian umum terhadap kepentingan program ECEC sebagai yang telah lama dilaksanakan di negara-negara maju.
Jangan anggap semua orang bodoh Arif Sabri dan jangan perbodohkan rakyat dengan.hujah-hujah retorik bagi menggagalkan program ini. Walaupun Arif gagal mendidik anak-anak dengan bekas isterinya tetapi janganlah pula masa depan anak-anak Negara ini turut dimangsai untuk jadi seperti anak-anaknya dengan Mamisita itu..
Kepada rakyat diluar sana..janganlah terpedaya dengan Melayu yang lupa daratan ini.Melayu yang memilih untuk menjadi talibarut DAP.Melayu yang memilih untuk menjadi pencacai dan menjadi sebahagian anggota untuk memcahkan umat Melayu di Negara ini berselindung di bawah panji-panji DAP yang semakin komunis sifatnya.
Segala sanggahan dalam penulisannya hanya kerana benci dan dendamnya kepada PM Najib serta isterinya Rosmah Mansor bila beliau tidak dicalonkan semula untuk bertanding di Pulau Manis dan beliau merasa terhina kerana yang menggantikannnya hanyalah seorang guru biasa kalau mahu dibandingkan dengannya yang megah serta bangga sebagai orang berkelulusan luar Negara.
Dan kita percaya kalau bukan Rosmah Mansor sebagai Penaung PERMATA, beliau tidak akan menyerang PERMATA ini kerana program ini ternyata banyak memberikan kebaikan kepada seluruh kanak-kanak negara ini dan Arif akan menjadi manusia serta penulis yang bermaruah.Ingat Arif..masa depan anak-anak ini ditangan kita..jangan korbankan masa depan mereka hanya kerana mahu menjadi jaguh dan dikenali dalam arena politik..Muhasabh dirilah Arif…!Hanya kamu yang memperlekehkan program ini sedangkan negara-negara luar berminat modul Permata ini untuk dilaksanakan juga di negara mereka.
Sumber: Sanggah Tok Janggut blog
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Comments
Post a Comment