TEKNOLOGI IMPAK TEKNOLOGI ANGKASA LEPAS

Pelancaran RazakSAT kesinambungan kejayaan Malaysia dalam teknologi angkasa lepas.

Neil Armstrong yang baru sahaja meninggal dunia menjadi ikon kepada penerokaaan angkasa lepas

Mengikut satu catatan, pada permulaan era perlumbaan angkasa lepas ,ketika Armstrong menjejakkan kaki ke permukaan bulan, usaha memancarkan persitiwa bersejarah itu kepada kira-kira 500 juta penonton di bumi menghadapi masalah kerana kamera video adalah sangat besar dan besar serta tidak sesuai untuk misi Apollo.

Atas sebab itu, manusia mula berusaha untuk mengecilkan peranti elektronik mereka supaya menjadi lebih kecil,

Sebagai contoh kerja-kerja pemprosesan isyarat digital yang pada awalnya dibangunkan untuk meningkatkan rakaman imej di bulan, hari ini menjadi teknologi asas untuk teknologi pengimbas magnetik resonans (MRI) .

Jika kita mengimbas kembali pelancaran Angkasawan Negara ke ISS, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Sukor Sheikh Mustapha, pada 1Oktober 2007, Malaysia juga boleh berbangga dengan pencapaian tersebut dan berada dalam senarai negara yang menghantar angkasawan ke ISS.

Pada masa sama, penyelidikan oleh saintis tempatan yang dibawa pada misi tersebut membuktikan Malaysia juga berkemampuan menjalankan penyelidikan di angkasa lepas,

Malah tidak mustahil ,saintis negara ini ditawarkan untuk membawa penyelidikan mereka ke ISS sama ada dalam bentuk penyelidikan saintifik itu sendiri atau membawa makanan yang dihasilkan penyelidik tempatan.

Dalam pada itu , hasil daripada pembangunan industri angkasa memberi inspirasi kepada manusia untuk menghasilkan satelit sama ada untuk berkomunikasi, satelit ketenteraan dan juga satelit penyiaran atau satelit navigasi.

Bulan Oktober akan sentiasa dikenang sebagai program yang sibuk dengan aktiviti berkenaan angkasa lepas sejajar dengan Minggu Angkasa Sedunia (WSW).

Hari , banyak negara berjaya menghantar angkasawannya ke ISS iaitu selain AS, China , malah Malaysia Rusia juga berada dalam senarai.

Kesimpulannya, Program Angkasawan Negara (PAN) yang merintis kejayaan Malaysia dalam bidang sains angkasa boleh dianggap sebagai langkah permulaan usaha negara membina tamadun yang menggunakan sains dan teknologi sepenuhnya dalam kehidupan seharian dan industri, dan menggerakkan negara ke arah persaingan global.

Sumber : malaysia terkini portal
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

Popular Posts