FAKTA PROGRAM PERTAMA NEGARA SIRI 1
Pu3 membaca artikel yang ditulis oleh RBF online berkaitan dengan Program Permata Negara. Apa yang disampaikan sememangnya yang difikirkan pu3 seiring dengan penjelasan yang disampaikan.
Sila baca ini :
Beberapa hari lepas terbaca di peraktoday.com apa yang dikatakan oleh isteri PM tentang fitnah yang dilemparkan kepadanya berhubung Program Permata Negara.
Saya yakin semua diantara kita masih ingat bagaimana pihak pembangkang melalak-lalak dalam Dewan Rakyat ketika PM mengumumkan bajet untuk PERMATA pada pembentangan belanjawan 2011.
Riuh rendah Dewan Rakyat ketika itu mereka melaung-laungkan nama Rosmah. Dan perkara itu tidak berhenti disitu , mereka bawa pula keluar dewan dan tuduh macam-macam. Kononnya duit bajet itu digunakan Rosmah untuk membeli-belah dan bergembira.
Walaupun ramai pemimpin-pemimpin pembangkang itu adalah wakil rakyat , tapi nampaknya mereka masih bodoh dan tidak tahu bagaimana prosedur pengeluaran atau penggunaan wang kerajaan.
Mereka cuba gambarkan kononnya segala bajet untuk PERMATA, maka wang-wang tersebut akan mengalir masuk ke akaun atau poket Rosmah.
Habis tu semua pegawai kerajaan tunggul kayu ke ?
Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda perkara sebenar tentang PERMATA. Apa yang saya tulis ini bukannya saya kutip di tepi jalan. Beberapa bulan lepas lagi saya telah buat kerja ini dan saya simpan. Kini tiba masanya untuk saya tulis.
Idea untuk menubuhkan PERMATA muncul pada tahun 2006. Cetusan idea untuk menubuhkan PERMATA muncul kerana masalah gejala-gejala sosial yang semakin hari semakin meningkat.
Seperti yang kita tahu semakin hari dunia semakin moden dan cabaran kepada ibu bapa untuk menjaga anak-anak juga semakin meningkat.
Kita mungkin boleh kawal anak kita dari keluar rumah, tapi tahukah kita apa yang anak kita lakukan di dalam rumah ? Penjajahan internet pun sudah cukup untuk merosakkan minda anak-anak kita. Itu belum dikira lagi sewaktu mereka di sekolah atau keluar bersama kawan-kawan. Dalam apa cara sekali pun kita tidak boleh mengawal 100 % pergerakkan anak-anak kita. Cara terbaik untuk mengawal mereka adalah dengan didikan.
Zaman sekarang bukan seperti zaman dulu, cukup hanya dengan menjengkilkan mata atau mengangkat rotan anak-anak sudah terkencing.
Zaman dulu berapa kerat sangat ada anak luar nikah ? Kalau ada pun orang tak akan buang sewenang-wenangnya. Zaman sekarang setiap hari ada sahaja berita anak luar nikah yang dibuang.
Begitu juga dalam soal budi bahasa. Bandingkan budi bahasa budak-budak zaman dulu dengan budak-budak zaman sekarang. Budak-budak zaman dulu kalau bercakap rujuk diri sebagai saya, awak, anda,kamu. Zaman sekarang pula ayat aku, kau dah jadi perkara biasa di kalangan kanak-kanak.
Zaman dulu ibu bapa beri rotan kepada cikgu supaya rotan anaknya jika melakukan kesalahan. Zaman sekarang cikgu rotan murid maka cikgu pula yang diserang oleh ibu bapa. Akhirnya cikgu tidak dapat menjalankan tugas mendidik yang diamanahkan kepada mereka dengan sempurna.
Itulah yang dikatakan zaman telah berubah dan cabaran kepada ibu bapa semakin meningkat.
Dipendekkan cerita, keruntuhan moral dan akhlak anak-anak di zaman sekarang semakin teruk. Oleh yang demikian perlulah difikirkan satu langkah bagaimana untuk mengatasi perkara itu. Jika tidak dibendung makin lama keadaan akan jadi makin teruk.
Dengan niat yang baik pada tahun 2006 Datin Seri Rosmah yang ketika itu isteri TPM telah berjumpa dan berbincang dengan 25 individu yang terdiri dari golongan profesional, golongan pendidik, ahli akademik, doktor, polis, peguam dan pegawai-pegawai kerajaan yang lain bagi membincangkan penyelesaian kepada masalah yang semakin hari semakin membimbangkan itu.
Hasil perbincangan 25 orang tersebut yang terdiri dari pelbagai bidang, kepakaran dan latar belakang telah membawa kepada kata putus bahawa proses pembentukan nilai diri sebagai insan cemerlang perlu bermula sejak awal dan lebih berkesan sekiranya dimulakan ketika baru lahir.
Gabungan idea itu membawa kepada terbentuknya konsep setiap anak yang dilahirkan adalah sebutir permata. Seperti yang kita tahu sebutir permata ketika mula-mula ditemui ianya tidak akan kelihatan seperti permata. Kerana ianya dipenuhi dengan selut, tanah atau debu. Namun selepas diasah dan digilap dengan baik barulah ia akan bersinar dan bernilai tinggi.
Begitulah juga dengan anak-anak kita....kena dengan didikan dan asuhan maka bersinarlah masa depan anak itu. Apabila masa depan anak bersinar yang untung adalah mereka dan kita sebagai ibu bapa juga sudah pastilah merasa gembira. Kalau mati pun, jasad di dalam kubur pun tenang kerana kita telah meninggalkan anak-anak yang baik dan berjaya.
Perbincangan demi perbincangan yang dilakukan oleh 25 individu tersebut maka tertubuhlah Permata Negara. Kerajaan pimpinan Pak Lah pada masa itu telah meluluskan agar Program Permata Negara diimlimentasikan melalui penubuhan Pusat Anak Permata Negara secara projek perintis pada tahun 2007.
Kesimpulannya projek ini bukan projek Rosmah mutlak. Dan bukannya dikawal oleh Rosmah sepenuhnya. Ianya dirangka oleh 25 orang individu dari pelbagai latar belakang dan kepakaran. Semuanya dengan niat yang satu, iaitu untuk mendidik anak-anak dari terjebak ke dalam keruntuhan akhlak serta moral dan menjadikan setiap anak yang dilahirkan sebagai
Sumber: RBF Online dot net
Ps: memang pelik. Pakatan nampak sangat menjadikan DSP Rosmah sebagai sasaran fitnah mereka. Mereka ingta perbelanjaan menggunakan kewangan kerajaan ini sama seperti menggunakan duit pribadi dari poket sendiri. Dah ianya adalah program secara rasmi, kewangan keluar masuk akaun adalah di bawah seliaan juruaudit yang sentiasa mengemaskini data diterima. Laporan sentiasa dibuat untuk memastikan perjalanan program sesuai dengan dana yang digunakan.
Apa lagi, secara realiti, pu3 sudah nampak cemerlangnya program permata negara ini apabila anak-anak di bawah bimbingan program ini, terbukti menunjukkan prestasi seperti yang disasarkan semasa cadangan program ini diajukan. Suatu yang aneh apabila pemimpin pakatan beb..al memekik mengaibkan diri mereka dengan mengaitkannya perbelanjaan pribadi DSP Rosmah ini. Bolehlah pu3 katakan. BODoh sungguh!
Pu3 nantikan perkongsian dari RBF online penjelasan Program PERMATA ini yang dijanjikan ada penjelasan seterusnya.
#BNbagus
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Comments
Post a Comment