PEMIMPIN PAKATAN SETUJU SERAH MALAYSIA KEPADA YAHUDI????

Biar betul?! Eh memang macam betullah pandangan artikel ini. Tak percaya? Sila baca ni baru komen kat ruang komen ya

Baca:

Pakatan Rakyat (PR) tidak mempunyai halangan untuk menubuhkan syarikat minyak dan gas sendiri sekiranya mengambil alih Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) nanti.

Pensyarah Jabatan Ekonomi, Universiti Malaysia Terengganu, Prof Madya Mohd Anuar Md Amin berkata, apabila mereka menjadi pentadbir, akta berkaitan pengurusan minyak yang sedia ada boleh ditukar.

Menurutnya, mereka berhasrat untuk menubuhkan syarikat baru untuk menguruskan minyak kerana ia sumber utama negara.

"Mereka mahu sumber kewangan menyebabkan mereka fokus kepada minyak kerana ia merupakan sumber kekayaan negara.

"Saya takut sekiranya syarikat yang ditubuhkan itu akan dikawal oleh pihak lain. Selama ini, banyak pihak mendakwa pembangkang dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dibantu oleh pihak luar," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat untuk menubuhkan syarikat minyak dan gas di empat negeri itu sendiri iaitu Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Anuar bimbang sekiranya PR menjadi pentadbir negara kelak, pihak luar yang selama ini memberikan bantuan kepada PR dan sekutunya akan terlibat dan mengawal syarikat minyak dan gas yang ditubuhkan.

"Mereka memberikan bantuan kepada rakyat Malaysia kerana tujuan tertentu. Contohnya, mereka mahukan minyak kerana ia dilihat berpotensi untuk memberikan keuntungan kepada mereka.

"Mereka bijak untuk membantu rakyat di negara ini yang terdesak untuk menjadi pemimpin dengan memberikan dana. Saya takut, jika dibiarkan negara kita akan dijajah kembali," katanya.

Beliau juga mempersoalkan mengapa PR mahu menubuhkan syarikat sendiri sedangkan sistem yang dilaksanakan oleh kerajaan sedia ada adalah sistem terbaik.

Sumber: pahang-ku blog

Ps: penyokong pakatan asyik-asyik kata UMNO menyokong yahudi. Anwar rapat dengan george Soros tu, itu Soros sape? Orang Arab? Atau Melayu?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments