SENARAI JEMAAH MENTERI BAYANGAN PAKATAN KELAK?

::Pewaris Anak Bangsa::

Pu3 tahu, sejak semalam, memang heboh habis apabila blogger mendedahkan senarai jemaah menteri yang bakal memegang portfolio apabila kononnya Pakatan memenangi PRU ke-13 kelak. Pu3 punya semangat nak baca kalau-kalau adalah yang tersenarai yang kemaruk nak menjadi pemimpin. Eh? Anwar dah betul-betul comfirmkah senarai ini memenuhi keperluan ADIL untuk seluruh Malaysia?
sila baca di bawah ini dulu:

Blog dedah Kabinet bayangan

KUALA LUMPUR 3 Okt. - Sebuah blog hari ini menyiarkan senarai Kabinet bayangan pakatan pembangkang, jika mereka berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sambil menyatakan bahan itu diperoleh melalui sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR), pengendali blog papagomo.com mendakwa, senarai Kabinet bayangan itu dikeluarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, Shuhaimi Shafiei.

Dalam senarai yang mempunyai 31 nama itu, PKR diberi 13 jawatan menteri, Pas (10) dan DAP (8) manakala satu diperuntukkan kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak. 

Bagaimanapun nama tiga pemimpin iaitu Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tidak disenaraikan.


© Utusan Melayu (M) Bhd

BREAKING NEWS - Shadow Cabinet Pakatan Revealed

Wednesday, October 3, 2012


Senarai Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat

Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR)

Timbalan Perdana Menteri I: Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas)

Timbalan Perdana Menteri II: Lim Guan Eng (DAP)

Timbalan Perdana Menteri III: (Pemimpin dari Sabah dan Sarawak)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:

Dr Tan Seng Giaw (DAP)

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR)

Datuk Mustafa Ali (Pas)

Menteri Kewangan I: Tony Pua (DAP)

Menteri Kewangan II: Rafizi Ramli (PKR)

Menteri Pertahanan: Salahuddin Ayub (Pas)

Menteri Pelajaran: Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin (Pas)

Menteri Dalam Negeri: Azmin Ali (PKR)

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan: Fuziah Salleh (PKR)

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Dr Dzulkefly Ahmad (Pas)

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Dr Mohd Hatta Ramli (Pas)

Menteri Pengajian Tinggi: Chong Chieng Jen (DAP)

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Husam Musa (Pas)

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Dr Che Rosli Che Mat (Pas)

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar: R Sivarasa (PKR)

Menteri Pengangkutan: Khalid Samad (Pas)

Menteri Pelancongan: Elizabeth Wong (PKR)

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Tian Chua (PKR)

Menteri Kerja Raya: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas)

Menteri Kesihatan: Dr Lee Boon Chye (PKR)

Menteri Belia dan Sukan: Yusmadi Yusoff (PKR)

Menteri Sumber Manusia: Gobind Singh Deo (DAP)

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan: S Kulasegaran (DAP)

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Anthony Loke (DAP)

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Zuraida Kamarudin (PKR)

Menteri Luar Negeri: Datuk Saifuddin Nasution (PKR)

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar: Nurul Izzah Anwar (PKR)

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Teresa Kok (DAP)


Senarai diatas ini dikeluarkan oleh Shuhaimi Adun Batu Tiga dalam mesyuarat biro politik PKR baru - baru ini tanpa persetujuan DAP dan PAS. Mereka menganggap kononnya PKR akan menang besar di semua kerusi yang dipertandingkan, manakala parti - parti lain hanyalah pelengkap sahaja.(sumber dalaman PKR)

persoalan pu3, kenapa ada nama yang diuar-uarkan konon bakal diberi peluang tidak disenaraikan? nama yang sama sahaja tersenarai!? kenapa tiada nama mewakili negeri Sabah dan Sarawak? Di mana nama Lajim? atau Jeffrey Kitingan? betulkah ini suatu yang ADIL?

Bagai nak rak Anwar mengatakan akan memilih kepimpinan negeri Sabah menjadi timbalan perdana menteri tetapi apabila terbocornya susunan kabinet bayangan ini. Mana nama timbalan Perdana menteri yang mewakili negeri di bawah bayu?

Kalau ini punya cerita. Bukan lagi INI KALILAH!!! tapi sudah menjadi INI KALI NDAK ADA SUDAH!!!  kata radio ERA. Nahhhh baru ko tau sudah kana!!!!

ps: seperkara menjadi pemikiran pu3 yang utama. Adakah muslihat bunyi-bunyi di twitter dan fb pakatan yang berkehendak memisahkan Sabah dari menjadi sebuah negara asing dari Malaysia. Sudah tentu ada agenda bermimpi menjadi Presiden kan? mau jadi gabenor-gabenor untuk bahagian-bahagian kannnn?  si lajimkah atau si jeffery yang bakal jadi Presiden tu ya?  helloooooo.. jangan mimpilah geng oppssss bukan geng! jangan bermimpilah bro! kemampuan korang dan apa yang korang pernah buat sudah cukup untuk dinilai sebagai tidak layak menerajui mana-mana kepimpinan lagi. TIDAK AMANAH langsung!


Comments

Post a Comment

Popular Posts