MAZLAN ENGGAN MOHON MAAF : ISU RAPID
KUALA LUMPUR 23 Oktober - Pengerusi Persatuan Anak peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman hari ini masih berpegang kepada pendirian beliau untuk tidak memohon maaf berhubung isu di Pengerang.
Beliau tetap dengan pendiriannya berhubung tindakan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman yang akan menfailkan saman terhadapnya yang didakwa membuat kenyataan berbaur fitnah ketika Perhimpunan Hijau di Pengerang 30 September lepas.
"Sebagaimana yang saya katakan, saya tidak akan memohon maaf. Apa yang saya nyatakan, itu pendirian saya," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.
Menurutnya, isu di Pengerang adalah isu rakyat dan Azalina tidak sewajarnya mengabaikan kepentingan rakyat.
"Jika beliau (Azalina) ahli parlimen yang berkarisma, kenapa tidak pertahankan tanah penduduk?," ujarnya lagi.
Mazlan juga mendakwa beliau turut mempunyai beberapa dokumen penting yang merupakan bukti berhubung isu di Pengerang itu malah tidak teragak-agak untuk mendedahkannya sekira Azalina meneruskan niat untuk menyamannya.
"Jika ucapan saya (ketika berucap di Perhimpunan Hijau) berniat jahat, terpulang kepada beliau (Azalina) untuk meneruskan saman," tambahnya lagi.
Pada ucapan Mazlan di Perhimpunan Hijau lalu, beliau dikatakan membuat tuduhan terhadap Azalina yang kononnya beliau adalah pihak yang bertanggungjawab terhadap isu projek RAPID dan mempengaruhi Perdana Menteri untuk memilih Pengerang sebagai lokasi bagi membangunkan projek RAPID atas alasan Barisan Nasional mempunyai kubu yang terkuat di Pengerang.
Sumber : KLPos Dot Com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments
Post a Comment