PUISI ANAK BILIS

ranking tarikh 15/10/2012
Sorong papan tarik papan
Buah keranji di dalam perahu
Puas ambo tengok diumumkan
Nama blog ambo tercicir layu

Dua tiga kucing berlari
Manakan sama si kucing belang
Blog ikan bilis kot tak ranking tinggi
Tu yang asyik terlepas pandang

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Tengok gambar. Yang ambo siar
Kot ada nama tahniah diucapkan

Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Diintai kami memang tak nampak
Nasib blog anak bilis selalu dilupakan

Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan tidak
Dari pertama ke hujung tak nampak
Bagaimana cara ambo nak layak

Tanam ubi rapat-rapat
Supaya puyuh tak lepas lari
Ambo kerja kerjar tak juga dapat
Pantun dirangkap penghibur hati

Walau rangking tak masuk carta
Perjuangan ambo bukan pada nama
Kerja keras tak kira masa
Kot tu jelah tahap pengikhtirafan tiada

Lama merangkak menilai masa
Kekadang rehat. Sihat tak terjaga
Ilmu dipakai tak layak diguna
Asyik tercicir, itulah nasibnya

Apalah nasib si ikan bilis
Dikata muda usia serupa
Minta salah tak minta culas
Bukan ini saja, banyak pun sama

Kalau dikata, kerja belum sama
Tapi tempoh, tak ada beza
Pelik hati selalu bertanya
Si anak bilis selalu dilupa

Tahniah kawanku, ambo ucapkan
Dah rangking naik, kerja usah abaikan
Kerja rela tak ditamatkan
Biar apapun, bangsa agama dan negara ambo perjuangkan

Ps: tahniah diucapkan pada otai-otai blogger pro-kerajaan yang selalu masuk ranking setiap kali diumumkan. Actually bukan bidang penulisan je yang ambo tersedar. Banyak perkarapun selalu rakan-rakan ambo diminta beralah. Tak apalah. Itulah kot perjuangan si anak bilis.

Salam dari ambo anak bilis.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments