DAP DABIK DADA DIBUAI PAS : NEGARA ISLAM JADI NEGARA KEBAJIKAN

KUALA LUMPUR, 19 Okt. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar membidas kenyataan yang mengatakan bahawa DAP lebih baik daripada UMNO sedangkan secara jelas parti terbabit menentang penubuhan negara Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa, Rabu lalu telah mengeluarkan kenyataan tersebut pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan.

"Macam mana boleh kata DAP lebih baik sedangkan realitinya mereka menentang apa yang dilaksanakan oleh kerajaan berkaitan Islam termasuklah hasrat Pas dalam melaksanakan hukum hudud sehinggakan mereka terpaksa menukar impian daripada menubuhkan negara Islam kepada negara berkebajikan," katanya kepada UMNO-Online hari ini.

Husam yang juga Adun Salor turut dilaporkan berkata DAP memegang prinsip demokrasi tetapi UMNO yang kata parti tersebut satu bangsa dengan Pas, padahal UMNO yang 'makan' Pas dulu.

"Janganlah hanya kerana berniat untuk burukkan UMNO dalam sidang DUN maka mereka sanggup puji melangit parti yang sekutu dengan mereka sedangkan realitinya semua orang tahu apa yang berlaku," katanya.

Dalam hal tersebut, beliau meyorot kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh yang pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak yang mahu menjadikan Malaysia sebagai negara Islam dan melaksanakan hukum hudud perlu terlebih dahulu melangkah mayatnya.

"Kenyataan pemimpin DAP berkaitan Islam adalah konsisten dan mereka tidak pernah mengiktiraf berkaitan Islam dan mahukan hak bumiputera diberikan sama rata dalam masyarakat.

"Janganlah hanya kerana mahu mewujudkan kebencian kepada UMNO maka mereka menerima apa yang dilakukan oleh DAP kepada agama, bangsa dan negara ini," katanya.

Tegasnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Tumpat, sewajarnya pemimpin Pas bersikap matang dan tidak memberikan kenyataan yang tidak berlandaskan kepada fakta.

"Jangan hanya kerana peristiwa Lim Kit Siang menentang usul akta darurat 1978 di Kelantan itu sahaja maka pemimpin Pas sudah merasa terhutang budi dengan para pemimpin DAP sehinggakan sanggup menukar negara Islam kepada negara kebajikan," bidasnya lagi. – MediaUMNO

#BNBah
#BNBagus
#ABCD~Asal Bukan Cina DAP

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments