PENGANJUR HIMPUNAN 'JANJI DEMOKRASI' ON TIDAK PERLU PERMIT???!!!!!


KUALA LUMPUR 25 Ogos - Perhimpunan 'Janji Demokrasi' yang bakal berlangsung pada malam 31 Ogos ini akan tetap diteruskan tanpa sebarang permohonan permit.

Aktivis Politik Hishamuddin Rais menjelaskan, Perhimpunan yang dianjurkan beberapa buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) di bawah 'Gabungan Janji' itu bertujuan bagi meraikan sambutan Hari Kemerdekaan dengan tema pakaian bewarna kuning yang memberi mesej terhakisnya Sistem Demokrasi di Negara ini.

"Tidak ada slogan, tidak ada sepanduk atau tunjuk perasaan. Cuma bezanya kami memakai baju kuning. Jadi, kami rasa tidak timbul sebarang isu kerana kami hanya mahu menyambut hari kemerdekaan," katanya kepada pemberita pada Sidang Media di Dewan Perhimpunan Cina di sini semalam.

Beliau turut berkata Perhimpunan tersebut memberi isyarat kepada pimpinan Kerajaan agar bertindak sebagai sebuah Kerajaan demokratik berprinsipkan keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dengan mendukung hak sivil dan kebebasan bersuara, mansuhkan akta zalim dan kebebasan media serta pilihan raya yang adil dan bersih.

Sementara itu Pengarah Eksekutif Empower Selangor, Maria Chin Abdullah turut mempertahankan penganjuran 'Janji Demokrasi' yang sewajarnya diteruskan tanpa memerlukan sebarang permit daripada pihak berkuasa.

Beliau berkata, perhimpunan tersebut adalah terdiri dari rakyat biasa yang turut serta menyambut Hari Kemerdekaan sebagaimana sambutan yang lain.

'Janji Demokrasi' dijadual akan diadakan pada malam 30 Ogos ini di 4 lokasi berbeza iaitu di Kuala Lumpur, Melaka, Johor dan Perak.

Kemuncak Perhimpunan tersebut akan berlangsung menjelang hari kemerdekaan di kawasan pancutan air berhampiran Dataran Merdeka pada jam 12 tengah malam disusuli dengan penyampaian Puisi bersempena Sambutan Kemerdekaan oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.

Antara NGO yang bertindak selaku penganjur bersama termasuklah Solidariti Mahasiswa Merdeka (SMM) dan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).
Sumber: KLPos

Ps: cakap je tidak akan buat apa2 tindakan yang boleh timbul kekecohan. Perancangan nak buat himpunan tanpa permit tupun dah nampak jaminan berlaku kekecohan tetap akan berlaku. 

Tak percaya? BERSIH 3.0 dah terbukti keadaan teruk menyebabkan trauma. DUDUK BANTAH kononnya. Tapi apa yang berlaku, REMPUH MUSNAH.

Soalan pu3, apa jaminan penganjur yang mereka boleh kawal peserta himpunan. Semua peserta himpunan dipasang rantai untuk tak bertindak? Atau duduk diam, punggung di pahat kat tanah?

Himpunan tak ada permit ertinya himpunan haram. Tindakan undang-undang wajar dilaksanakan. Kalau mereka kata nak berjuang bawah perundangan. Buktikan yang mereka memang melakukannya dengan cara beretika. Bukan bawa celaka.
 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.











Comments

  1. da habis raya mereka nak concentrate pru dan ini satu dari strategi demonstrassi berterusan hingga pru untuk menunjukkan kelemahan kerajaan negara ini pada dunia luar....

    ReplyDelete
  2. sibuk sangat nak berpolitik.xpayah la nak war war pun himpunan demokrasi ker apa. pergi pakai baju kuning dah ler masuk dataran.lagi mau kecoh2x ngan nama2 himpunan....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts