SATU LAGI BLOGGER PAKATAN PENIPU BESAR TENTANG CERITA SABAH

::Pewaris Anak Bangsa::

PANAS sangatker?  Betulker CM Sabah diarahkan ambil cuti panjang? Lawak sungguh. Raya pun YAB DSP Musa Aman tak bercuti, setakat ini setelah menghubungi pegawai berkaitan. Tiada maklumat mengatakan bahawa Ketua Menteri Sabah akan mengambil cuti panjang. Jadualnya masih padat memenuhi tugasan sebagai Ketua Menteri dan juga Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah.


Ntah mana sumber penipu yang penulis blog PASPB  (tak tau apa makna PASPB ni. PAS Pantai Barat atau PAS Penipu Besar)  bubuh nama pun pakai singkat-singkat. ni dapat. dengan bangga pula kata sumber dalaman UMNO-APCO kononnyalah diarahkan ambil cuti panjang segala. lagi nampak pembohongannya. Baca ini dulu :

 Najib tidak ada pilihan lain selain menggantikan Ketua Menteri Sabah Musa Aman dengan harapan Umno-APCO dan Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa selepas pilihanraya umum akan datang.

Sumber dalaman itu juga berkata rombakan itu akan melibatkan tidak kurang daripada jawatan tertinggi di Umno-APCO dan kerajaan negeri - kedua-duanya kini dipegang oleh Musa.

Kepimpinan Musa dikatakan dicabar oleh rakan-rakan dalam Umno-APCO sendiri secara terbuka.
- PASPB


Bila masa pula YAB Musa aman ini dicabar oleh  rakan-rakan ni? Terbuka? tak bacapun dalam media kecuali dalam Blog pembangkang je menguar-uarkan cerita layar lara mereka. Penulis Blog PASPB (?????? PAS PENIPU BESAR????)Berdasrkan situasi raya kan, jangan kata sebelum Raya pula maksudnya bulan Ramadhan kan... sebab artikel tersebut dipublishkan pada 24hb Ogos 2012 Jumaat. So cerita bukanlah cerita 2 atau 3 bulan yang lepas. Jangan nak kata, penulis sengaja menangguhlkan publish tulisan yang dianggap PANAS. Pu3 seorang penulis, so pu3 tahu bagaimana keghairahan seorang penulis apabila memperolehi idea menulis. Ia tak akan boleh ditangguh lagi.

Abang Musa, MP Kimanis yang juga Menteri Luar, Anifah Aman tidak mampu berbuat apa-apa dengan perkembangan terbaru ini. - perenggan 5

MP Kimanis seorang abang ker? sumber jugaker? betulker sumber dalaman UMNO yang mengatakannya? Atau andaian penulis kerana tahu hubungan darah antara Ketua Menteri Sabah dengan MP Kimanis ini tetapi nampak tak tahu status sebenar. Pu3 nak kata, kalau sumber itu adalah dari Sabah atau UMNO. Semua tahu siapa DS Anifah dalam hirarki keluarga. Adik atau abang. ( Takkan Penulis boleh salah info pula?) kalau nak tahu sangat, nasihat pu3 kepada penulis blog PASPB (PAS PENIPU BANYAK???)

Serangan terkini dan menyengat ini dipercayai ada kaitan dengan keluarnya pemimpin dari Umno-APCO berpengaruh MP Beaufort Lajim Ukin yang mendedahkan bahawa Perdana Menteri Najib  memungkiri janji untuk menukar Musa, yang telah menjadi tertekan atas dakwaan pelbagai penyalahgunaan kuasa termasuk s melibatkan beratus-ratus juta ringgit dalam akaun bank di Switzerland. - perenggan 6


Apa sangat dengan mengarut Lajim yang gila jawatan. pendidikan tak setaraf mana, dikatakan ada nafsu nak memegang jawatan Ketua menteri (jaminan Anwar King of Drama) Kalau dah ada bukti katakan penyalahgunaan dan duit ni. setakat bising dalam alam maya, atau gossip dari mulut ke mulut ni.. pu3 tak nampak ia adalah BENAR dan dianggap sebagai FAKTA yang boleh diguna pakai sebagai pengukuhan kesalahan. Kalau benar, Kenapa Lajim sendiri kemukakan bukti itu terus ke SPRM.???  Ada berani. ??????


Lajim, bersama-sama dengan MP Tuaran Wilfred Bumburing, bekas timbalan presiden Upko - salah satu parti komponen BN - telah sejak meninggalkan pakatan kebangsaan dan menyatakan sokongan terbuka mereka di belakang Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
- perenggan 7

Konon je tu. Dh rasa MUNGKIN tak menjadi Calon. Nafsu nak memegang jawatan tinngi sepanjang hayat. DijTABRU JANJI oleh Anwar Bin Ibrahim. Tu sanggup jadi ekor mengekori di mana sahaja King Of Drama menjaja skrip mereka. Kalau Lajim atau Bumburing normal dan pemimpin yang baik. Memikirkan perjuangan untuk Rakyat. Mereka tak akan berbuat demikian. Syaitan, tak akan mampu mempengaruhi manusia selagi iman mereka tebal dan kental.

Menurut orang dalaman, Najib dijangka bersetuju dengan idea menggantikan Musa sebagai ketua Umno-APCO Sabah.

Shafie Apdal, Naib Presiden Umno yang juga seorang menteri kanan persekutuan, akhirnya akan menggantikan Musa.


Bagaimanapun, sumber ini berkata, Musa akan diminta untuk mengambil cuti panjang dan membiarkan pemimpin kanan Umno-APCO Sabah mengambil alih sebagai ketua menteri sementara menjelang pilihan raya umum ke-13.


Dua nama telah diapungkan untuk tugas itu - Hajiji Mohd Noor dari Tuaran atau Masidi Manjun dari Ranau.


Muslihatnya hanyalah untuk membuka jalan untuk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga MP Semporna, Shafie Apdal untuk mengambil alih kepimpinan negeri selepas pilihan raya umum.


Sementara itu Speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia juga berhasrat menggantikan Musa sebagai pilihan menggantikan Musa sekiranya Shafie yang terpalit dengan skandal artis wanita Zahida Rafik belum selesai.
-

buruk sungguh niat penulis nak memecah hubungan baik antar kepimpinan BN Sabah. Sepanjang pemerhatian pu3, sama ada DS Shafie, Dtk Hajiji atau Datuk Masidi sangat baik dengan YAB DSP Musa Aman. Nampak sangat niat penulis blog PASPB (PAS PENEMBERANG BANAR???!!!!) nak melaga-lagakan hubungan baik tersebut. 

Perebutan jawatan Ketua Menteri sebenarnya bukan antara Musa-Shafie tetapi Musa-Lajim kerana kedudukan dan pengaruh Lajim sebagai orang kuat Umno-APCO di Pantai Barat negeri itu masih kuat walaupun menubuhkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) bulan lalu.
Pertembungan ini akan terus memberi petanda bahawa lanskap politik Sabah bakal berubah wajah tidak kira siapa pun yang menjadi bos nombor satu negeri.

sekuat mana ya pengaruh Lajim sebagai janang Gayuh? Dalam persatuan Bisaya sendiri yang dianggotai keturunan Bisaya dah berpecah. Tak sepenuhnya bersetuju dengan tindakan Lajim yang hanya mengutamakan kepentingan dirinya berbanding merujuk kepada perjuangan rakyat.  Lajim, ukurlah kelayakan diri. Kalau takat akademik yahun 6, hanya anugerah penghormatan akademik luar negara tu, tak ada maknanya. Berbahasa Inggerispun kena ada tukang penterjemah. Ada hati nak jadi ketua Menteri. 

Seperkara lagi. Pakatan Penubuhan Sabah tu parti ker? Dah daftar ker? mana logonya? asyik tayang bendera PKR sahaja. Itu PPS anak syarikat Anwar Sdn Bhd agaknya. Ni lagi satu temberang si Lajim si Raja Katak. PPS hanya topeng menemberang pengundi kawasannya sahaja

Ada info yang pu3 perolehi. Lajim ni bukan berani pun. Ajak seorang dua kepimpinan UMNO di kawasannya dan kawasan jiran, pakai nama orang lain. No telefon prang lain. ajak ikut sama dalam perjuangan mimpinya. (Sumber ini pu3 perolehi sendiri, pengakuan  rakan yang menerima sms dan panggilan telefon baru-baru ini. Cuma Pu3 taklah memaksa nak merakam mesej pada telefon mereka. itu kurang ajar namanya kerana telefon bimbit ini hak pribadi mereka. kecuali mereka nak tunjuk isi kandungan mesej tersebut)

untuk artikel PASPB (Penulis Akal sangat Penipu Besar???) temberang ini, pu3 tengok lebih ramai  meninggal komen "Anonymous" rasanya orang yang sama sahaja. tetapi mereka yang meruapakan pejuang yang berani sanggup menggunakan identiti mereka membalas komen tersebut.

Apa yang ditulis oleh penulis blog PASPB ini hanyalah AUTA semata. Pu3 yakin sesungguhnya kepimpinan UMNO still berpegang teguh pada tali perpaduan. Mereka tetap bersama-sama demi kepentingan rakyat Sabah. Yang hanya ingin menipu ribut, individu yang sengaja nak menonjolkan dirinya kerana mahu mendapat tempat. MAAF, manusia yang suka memporak-perandakan perpaduan antara Pemimpinan UMNO/BN tak akan ada tempat ya.

#JANJI DITEPATI
#BN BAH

Comments

Popular Posts