KENAPA ALAN PELAKON TANDA PUTERA MENJADI MANGSA SERANGAN DAP?
::Pewaris Anak Bangsa::
Begitu hebat filem "Tanda Putera" diserang oleh gerombolan pembangkang terutama dari pihak DAP. Serangan yang bertali arus tersebut dilancarkan sebaik sahaja beberapa blogger memuji filem Tanda Putera yang dipertontonkan bulan lalu di The Curve Damansara. Malah Gomo juga salah seorang yang menyaksikan filem tersebut pada hari itu bersama rakan blogger lain seperti Gerakan Anti PKR, Medan Info Kita.
Apa yang Gomo nak sampaikan disini adalah nasib malang buat pelakon baru yang mempunyai bakat besar dalam arena seni tanah air negara. Pelakon berbangsa cina bernama Alan Yun yang mana merupakan salah satu watak yang penting dalam filem Tanda Putera.
Lihat video di atas dan cari dimana kesalahan Alan Yun dalam temubual tersebut.
Tidak ada satu pun perkataan yang dikeluarkan Alan Yun membidas mana mana pihak dalam video diatas. Malah beliau dengan rendah diri meminta para penonton untuk melihat setiap sudut dalam filem tersebut dalam cara yang positif. tetapi?
Serangan bertali arus dilancarkan kepada Alan Yun melalui komen didalam You Tube video tersebut. Komen yang bukannya datang dari pihak lain tetapi dari bangsa Alan Yun sendiri iaitu bangsa Cina.
Komen berbaur perkauman dan cukup tragis untuk Gomo nyatakan disini yang mana Alan Yun dimaki dan dihambur dengan cukup luar biasa oleh pengomen pengomen bangsa Cina yang mana Gomo boleh sahkan ianya adalah dari kalangan jentera DAP.
DAP takut dengan filem Tanda Putera yang mana menjelaskan cerita sejarah dan fakta mengenai tragedi 13 Mei. Malah didalam berberapa adengan dalam filem tersebut juga ditunjukkan dengan jelas bahawa bukan sahaja DAP yang terlibat malah GERAKAN juga merupakan dalang tragedi 13 Mei yang berlaku.
Tidak hairanlah jika DAP sanggup menghina dan mencaci bangsa mereka sendiri demi kerana nak menutup kekejaman dan kesalahan mereka dimasa lalu agar generasi Cina yang ada hari ini lupa bahawa DAP adalah sebuat parti RACIST yang cukup sinonim dengan KOMUNIS.
Filem Tanda Putera akan ditayangkan pada tahun ini dan adalah menjadi harapan besar untuk Gomo dan rakan rakan Blogger lain mempertahankan filem sejarah ini agar dipertontonkan kepada rakyat Malaysia.
Jika DAP tidak terlibat dalam kejadian kejadian sepertimana yang dipaparkan dalam filem Tanda Putera kelak adalah wajar untuk mereka MENYAMAN pihak filem Tanda Putera. Dan buat masa sekarang usahlah DAP menyalak keserata alam menyatakan filem Tanda Putera adalah satu pembohongan dan kerja jahat UMNO kerana mereka sebenarnya takut dengan kebenaran yang akan disampaikan nanti.
Buat Alan Yun bersabarlah dengan karenah bangsat DAP ini. Anda dan rakan Cina yang lain boleh lihat betapa kejamnya DAP ini sehinggakan sanggup menutup periuk nasi sesama bangsa walaupun berlainan ideologi. Malah mereka DAP tidak dapat berfikir dengan waras antara Politik dan Kerja seni sehinggakan apa sahaja yang tidak menyebelahi mereka akan diserang habis habisan.
sumber: papagomo blog
psttttt: agaknya DAP memang terasa sangat perbuatan mereka. bukankah 13 mei dulu mereka memangnya terlibat. siapa makan cili memamng kena pedasnya terutama si monyet yang tak tahan pedas ni!
Alhamdu lillaah,tanda putera dibikin sebabnya untuk tontonan orang2 muda kita supaya mereka tahu kejahatan Parti DAP,Komunis dan cina yang mahu berkuasa melalui keganasan.
ReplyDelete