BORAK BERINFOMASI. JOM BACA

::Pewaris Anak Bangsa::

selepas berbuka tadi. Pu3 masuklah ke satu Group FB  UMB Sabah. memang banyak pandangan yang menarik perhatian pu3 untuk pu3 jadikan maklumat. 

Salah satu posting menarik perhatian pu3 adalah: sila baca di bawah


Saudara Martin Joseph :

Beberapa hari yang lepas... Saya telah menghadri majlis berbuka puasa bersama YAB Datuk Ketua Menteri,Timbalan Ketua Menteri, dan beberapa orang Menteri Kabinet Negeri serta Pembantu Menteri Kabinet negeri dan YB-YB di beberapa buah kawasan ADUN sabah dan Ahli Parlimen Sabah...
Antara ucapan YAB Datuk Ketua Menteri.... saya tertarik dengan ucapan YAB Datuk Ketua Menteri Sabah di mana Beliau menjelaskan bahawa Negeri Sabah mempunyai Dana Rezab Simpanan lebih kurang RM4 Bilion semasa pentadbiran Barisan Nasional... Kalau lah Parti baru akan menerajui Barisan Kepimpinan baru Negeri Sabah...

1. Apakah Barisan kepimpinan baru tersebut boleh memberikan apa yang telah diberikan oleh Barisan Nasional ?

2. Apakah JAMINAN Parti baru untuk mengekalkan KESTABILAN DAN KEDUDUKAN Ekonomi Sabah sebagaimana yang telah dibuat oleh Barisan Nasional ?

3. Sejauh mana JANJI itu boleh ditunaikan oleh parti baru yang memerintah ?  
 
 
saudara Abd Ghani Kaji telah memberi komen:
 
Jika melihat kepada Dasar Transformasi Negara yang meliputi keseluruhan program pembangunan yang merangkumi pembangunan modal insan, pasarana dan ekonomi, dan saya membandingkan dengan Program Buku Jingga pihak yang satu lagi. Walaupun saya tidak nafikan terdapat juga perancangan yang baik dalam BJ tersebut, namun secara keseluruhannya DTN lebih realistik dan mampu dicapai dengan ketelitian perancangan melalui GTP (NKRA), ETP (NKEA), STP, PTP.


Gagasan 1 Malaysia merupakan pemacu yang mana konsepnya berlandaskan Pembangunan Manusia dengan produknya adalah Negara maju. Asas untuk menjaga negara bergantung kepada kestabilan politik dan perpaduan kaum, yang mana dalam Gagasan 1 Malaysia penekanan kepada TERAS PERPADUAN amat penting memandangkan Malaysia terdiri daripada berbilang kaum dan agama. 3 Teras Perpaduan tersebut adalah 1. PENERIMAAN 2. PRINSIP KENEGARAN dan 3. KEADILAN SOSIAL. Sekiranya ini dapat capai, pasti negara akan aman dan memudahkan pihak kerajaan, rakyat dan juga pelabur dalam dan luar negara, termasuk pelancong utk datang. Ini adalah salah satu jaminan kesuburan ekonomi dapat dijana. Di pihak kerajaan juga, sudah pasti dapat menjalankan pelbagai program peningkatan dalam membantu mempertingkatkan sosio-ekonomi rakyat.


Berbanding dengan pihak pembangkang, yang mana di peringkat awal melalui Program 100 Hari Pemerintahan mereka, jika kita membuat sedikit analisa ianya baik untuk jangka pendek tapi membawa kesan kepada ekonomi negara untuk jangka sederhana dan panjang. Dan ke2, kecenderungan melakukan demonstrasi jalanan yang dibimbangi menjadi satu tradisi dan amalan, boleh merencatkan ekonomi khususnya industri pelancongan dan imej negara. Ke3, Pakatan di antara tiga parti PKR, DAP dan PAS yang hanya membawa misi dan matlamat untuk menewaskan BN. Berbeza dengan Gabungan BN yang membawa wadah dan matlamat serta perjuangan yang sama, atau memiliki idealogi yang selari dan dipersetujui bersama. Berbanding dengan PR, masing-masing dengan wadah dan idealogi yang berbeza. Seperti yang kita ketahui PAS memperjuangkan untuk menjadikan Malaysia Negara Islam dan ini memang ditentang oleh DAP. Ditakdirkan mereka beroleh kemenangan dalam PRU13, dibimbangi keadaan akan menjadi kucar-kacir dan tidak mustahil perebutan jawatan akan berlaku.
 
Ada yang nak komen tak. sebab pu3 memang mahukan pandangan lain.

Comments

Popular Posts