CERITA AIR TEH DI KELANTAN
::Pewaris Anak Bangsa::
ISLAM itu adalah sebuah agama yang cintakan kebersihan.
ISLAM itu adalah sebuah agama yang cintakan kebersihan.
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW, Islam itu merupakan sebuah agama
yang bersih lagi suci. Bak kata pujangga Islam di zaman silam,
kebersihan dan Islam tidak dapat dipisahkan.
Begitulah pentingnya kebersihan di dalam agama rasmi negara. Bila
disebut soal kebersihan, tidak dapat tidak, ia sudah tentu sangat
berkait rapat dengan air yang menjadi mekanisma untuk membersihkan
sesuatu di dalam muamalah kehidupan manusia.
Kelantan merupakan sebuah negeri yang kaya dengan air. Buktinya,
boleh dikatakan setiap tahun, negeri Cik Siti Wan Kembang itu akan
mengalami banjir yang agak teruk sehingga pernah menenggelamkan banyak
kampung di sana.
Namun, sedar atau tidak, rakyat negeri Kelantan sangat sengsara
akibat tidak mendapat bekalan air bersih yang sempurna sebagaimana yang
dinikmati oleh negeri-negeri lain di negara ini.
Kira-kira lebih 20 tahun yang lalu, PAS telah berjaya menawan
Kelantan dari pentadbiran UMNO/BN dan sejak itulah PAS telah diperintah
oleh seorang bekas guru subjek agama Islam, Nik Abdul Aziz, yang
kemudiannya di angkat menjadi “Tok Guru Spiritual” atau “Mursyidul Am”
parti itu.
Ketika itu, pentadbiran negara masih lagi ditunjangi oleh mantan
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, seorang genius
Melayu Muslim yang diiktiraf sebagai “arkitek pembangunan negara”.
Nik Aziz kemudiaannya telah melakukan pertemuan dengan Tun Dr.
Mahathir dan merayu kepada negarawan itu untuk mengambil alih
perkhidmatan air di Kelantan di bawah pengurusan Kerajaan Negeri.
Tun Dr. Mahathir meluluskan permohonan Nik Aziz itu dengan senang
hati dan mungkin beliau mahu melihat sendiri sehebat mana Mursyidul Am
PAS itu menguruskan sesuatu yang menjadi asas kebersihan komuniti Islam
di negeri tersebut.
Namun kini, sudah lebih 20 tahun Nik Aziz mentadbir negeri Kelantan
dan dianggarkan bahawa lebih dari 60 peratus rakyat di negeri itu tidak
menerima bekalan air bersih. Itu fakta terkini.
Rata-rata rakyat di negeri Kelantan memang menerima bekalan air. Tapi
bekalan air yang diterima mereka itu bukanlah bekalan air bersih, tapi
lebih tepat kalau dikatakan bahawa mereka lebih 20 tahun menerima
bekalan air “keruh”!
Air yang bercampur dengan keladak yang tebal sering masuk ke mulut
mereka ketika minum, berkumur, memasak, membasuh dan ada di kalangan
rakyat Kelantan yang tinggal di pedalaman lebih gemar mendapatkan air
dari aliran jeram di dalam kawasan hutan berdekatan.
Menurut mereka, sumber air jeram dan telaga dikatakan lebih bersih
serta jernih berbanding sumber air yang dibekalkan oleh anak syarikat
Kerajaan PAS Kelantan, Air Kelantan Sdn. Bhd.
Persoalannya, apakah seorang pemimpin “suci” yang kononnya
memperjuangkan Islam itu tidak mampu memastikan umat Islam dan rakyatnya
menikmati air bersih walaupun diberi peluang menguruskan masalah itu
lebh dari 20 tahun?
Memang tidak munasabah sekiranya ia gagal diselesaikan oleh seorang
yang kononnya mementingkan Islam, sedangkan Islam itu mementingkan
kebersihan, termasuk sumber yang membersihkan kehidupan umatnya.
Apa Nik Aziz rasa sekiranya jubah, ketayap, izar dan serban putihnya
itu dibasuh dengan air keruh berkeladak serta kemudiaannya bertukar
warna menjadi kuning keperang-perangan?
Marah? Geram? Rasa tidak yakin dengan kebersihan pakaiannya?
Begitulah yang dirasai oleh pakcik makcik, paksu maksu, adik kakak
dan abang sebagai rakyat di Kelantan selama 20 tahun. Mungkin bekalan
air di rumah Menteri Besar itu bersih dan jernih, dan itu menjadikan Nik
Aziz tidak menghiraukan bekalan air “keruh” di rumah rakyat marhain?
Mungkin kerana sifat semulajadi yang ada pada ayahnya, Allahyarham
Tun Abdul Razak Hussien, yang sering turun padang dan merasai sendiri
kesulitan serta masalah rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak, berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut sekiranya BN diberi
mandat untuk mentadbir Kelantan suatu hari nanti.
Bagaimanapun, ia terpulang kepada rakyat di negeri itu sama ada
mereka masih mempercayai individu biasa yang bertopengkan kewarakan
seperti Nik Aziz yang jelas tidak tahu berkhidmat untuk rakyat, atau
mereka wajar percaya kepada seorang insan “versatile” yang terbukti
mahir memberi khidmat terbaik buat rakyat.
Semuanya terletak kepada kebijaksanaan rakyat Kelantan sendiri dan
kali ini mungkin mereka sedar tentang betapa pentingnya mereka memilih
BN pada PRU ke-13 yang akan datang di mana segala kemudahan asas dan
kehidupan mereka untuk beribadah kepada Allah lebih terjamin,
Insyaallah.
SUMBER: Perak Today blog
Comments
Post a Comment