SEKSYEN 114A AKTA KETERANGAN 1950 AKAN TERUS KEKAL DEMI KEPENTINGANRAKYAT
::Pewaris Anak Bangsa::
Mengulas mengenai laman sosial facebook yang kononnya Pemuda UMNO 
memaparkan poster berbaur hasutan, sebagai pemimpin yang 
bertanggungjawab terhadap undang-undang, beliau menjelaskan bahawa 
Seksyen 114A bukan merupakan satu kesalahan.
sumber : UMNO online
Seksyen 114A Akta Keterangan (Pindaan) 1950 yang 
dibentangkan di Parlimen pada April lepas hebat diperkatakan dalam laman
 sesawang, akan terus kekal berikutan ia memberi kepentingan untuk 
melindungi rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed
 Nazri Abdul Aziz berkata ini kerana akta tersebut dapat mengurus negara
 dengan baik selain menentang sebarang cubaan pihak tertentu yang mahu 
merosakkan negara.
Mohamed Nazri berkata beliau tidak boleh 
memperkecilkan sokongan yang diberikan oleh rakyat dan berhak mewakili 
rakyat yang telah memilih beliau.
“Saya tidak teragak-agak untuk membentangkan rang 
undang-undang di Parlimen pada bulan April kerana saya fikir bahawa 
pindaan itu adalah untuk keselamatan negara,” katanya pada sidang akhbar
 di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata tiada keperluan untuk mengkaji semula pindaan akta terbabit.
Beliau berkata perkara itu juga tidak mendapat 
tentangan daripada pihak pembangkang ketika pindaan akta tersebut 
dibahaskan di Parlimen.
“Perkara ini telah dibentang pada April lepas dan 
telah dibahaskan selama 4 jam dan saya telah menjawab semua soalan yang 
dibangkitkan pembangkang. Mereka (pembangkang) tidak menentang 
habis-habisan perkara ini kerana mereka juga berpotensi menjadi mangsa,”
 katanya.
Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan yang 
dibuat terhadap Akta Keterangan yang digazetkan Julai lepas, dan ia mula
 mendapat reaksi pelbagai pihak dalam kalangan pengguna Internet.
sumber : UMNO online


Comments
Post a Comment