GPRS Gesa Unisel, Selangor Bayar Gaji Pekerja JNSB

::a:Pewaris Anak Bangsa:




Lebih 100 pekerja Jana Niaga Sdn Bhd dan kontraktor hari ini mengadakan demonstrasi secara aman di pintu masuk Universiti Industri Selangor (UNISEL) bagi menuntut pembayaran gaji mereka yang telah tertangguh sejak 15 bulan lalu.
PERAK TODAY 1

Pehimpunan aman yang turut disertai Gabungan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) diadakan setelah berang dengan tindakan pihak pengurusan Unisel atau lebih tepat kerajaan Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat yang bertindak kejam dengan tidak membayar gaji pekerja.
PERAK TODAY 2

Pengerusi GPRS, Datuk Shohaimi Shahadan ketika hadir ke perhimpunan itu memberitahu kerajaan negeri di bawah kepimpinan Tan Sir Abdul Khalid Ibrahim sememangnya telah bersikap kejam ke atas pekerja terbabit apatah lagi menjelangnya Hari Raya Aidilfitri.

“Kita terpanggil untuk bersama-sama pekerja JNSB yang mana terbukti benar bahawa Unisel mempunyai krisis kewangan dan gagal membayar gaji serta duit kontrak kepada JNSB.
PERAK TODAY 4

“Kerajaan negeri sepatutnya ambil tahu tentang hal ini apatah lagi yang dituntut itu adalah hak pekerja-pekerja disini.

“Tindakan Khalid serta kempimpinan yang tidak membayar gaji pekerja menunjukkan bahawa mereka ini sememangnya kejam dan sanggup membiarkan pekerja menyambut ketibaan 1 Syawal dalam keadaan ketiadaan wang,” katanya ketika ditemui di Perhimpunan Aman terbabit.

Menurut Sohaimi lagi, jika kerajaan Selangor benar-benar prihatin dengan kebajikan rakyat, maka masalah seperti ini seharusnya menjadi keutamaan.
PERAK TODAY 8

Beliau menambah, ada di kalangan pekerja-pekerja tersebut ibu tunggal dan sudah tua yang amat memerlukan sumber kewangan untuk meneruskan hidup.

“Jadi saya gesa Khalid supaya segerakan pembayaran gaji pekerja-pekerja dan cukup-cukuplah menyeksa mereka,” katanya.
PERAK TODAY 9

Tambah Sohaimi lagi, apa yang lebih teruk adalah ketika pekerja terbabit tidak dibayar gaji, kerajaan negeri difahamkan sanggup  menanggung kos kes mahkamah Rafizi untuk “proses menyelamatkan pemimpin PKR” itu yang didakwa di mahkamah kerana hasutan dan menderhaka kepada Tuanku Sultan Selangor.

“Kalau kerajaan Selangor tidak ada duit nak bayar gaji pekerja di Unisel mengapa pula nak tanggung kos mahkamah Rafizi,” katanya lagi.
PERAK TODAY 16

Menerusi perhimpunan aman itu, kesemua pekerja terbabit telah menghantar memorandum menuntut pembayaran gaji.

Susulan pihak Unisel bersikap degil dan tidak mengendahkan tuntutan tersebut,  mereka bertindak mengunci pintu pagar institusi terbabit menggunakan kunci mangga.

sumber: Perak Today blog

Comments

Popular Posts