NAK TEGUR SIKIT. JAGA DISIPLIN KEBERSIHAN
Masa pu3 berjalan. Hujung minggu lepas. Memang area ni tempat pu3 staypun setiap kali datang. Tetapi biasanya pu3 takler geram melihat pemandangan yang sepatutnya disedari oleh pengguna kawasan berkenaan.
Tengok gambar-gambar ini. Wajarkah keadaan ini diwujudkan? Pu3 tak nak salahkan pihak perbandaraan kerana ia tidak dibersihkan. Nama lagi hujung minggu. Petugas sah tengah bercuti juga. Sebab biasanya hari bekerja, pu3 memang tak nampak suasana seperti ini.
Pu3 nak tegurlah masyarakat yang mengamalkan buang sampah merata tempat ni. Sampah ni tak datang cik kak dan cik abang oi kalau tak ada yang membuangnya.
Malu pu3 dengan pemandangan seperti ini kita sajikan pada pelancong yang bertandang melalui jejantas ini. Apa lagi dalam hujung minggu lepas. Ramai pula pelanconga datang . Ish2...
Boleh tak kalau dah ada bungkusan makanan atau putung rokok tu. Buang dalam tong sampah. Kalau tak adapun di jejantas tu. Tak bolehker simpan, buat pergerakan selangkah dua untuk jejak tong sampah di bangunan Sunway Mall ataupun kawasan hotel seri pasifik? Disiplinkan diri untuk menjadi rakyat yang bertanggungjawab.
Jangan nak serah semua pada petugas hanya kerana mereka makan gaji melalui pekerjaan itu.
# kebersihan adalah tanggungjawab semua. Islam sangat mencintai kebersihan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Comments
Post a Comment