SEMAKIN TERSERLAH KEBIADAPAN DAP
::Pewaris Anak Bangsa::
sumber: Pemikir politik blog
Hari ini berlangsungnya perlawanan akhir badminton bagi menentukan 
pingat emas dan perak yang melibatkan pemain nombor 1 negara Datuk Lee 
Chong Wei dan Lin Dan daripada China yang berkesudahan pemain nombor 1 
negara tumpas setelah bertarung 3 set walaupun telah mendahului di set 
pertama dengan 21-15, 10-21, 19-21. Pingat perak pertama yang telah 
disumbangkan oleh Pemain Badminton negara ini telah dipolitikkan oleh 
seorang ADUN DAP yang bodoh seolah-olah dia merupakan bekas pemain 
lagenda Badminton negara apabila mempolitikkan kekalahan Lee Chong Wei 
ini. ADUN DAP yang BIADAP serta menunjukkan KEBODOHANYA ini ialah 
Manoharan Malayalam yang merupakan ADUN N48 Kota Alam Shah. 
Kenyataan di Twitter milik Manoharan yang menunjukkan kebodohan ini 
apabila mengatakan, Malaysia akan menang Emas Pertama di sukan Olimpik 
apabila Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih Putrajaya. Apa kena 
mengena Emas Olimpik dengan Politik?? Pemikir melihat ADUN DAP ini tidak
 mempunyai isu konkrit sehinggakan kekalahan LCW dijadikan isu politik 
bagi memperlihatkan bahawa hanya PR sahaja yang mampu memberikan EMAS 
dalam sukan Olimpik. Jika susah sangat, Manoharan boleh menggantikan LCW
 untuk perseorangan pertama supaya Emas Badminton menjadi milik 
Malaysia. 
Pemikir melihat sendiri corak permainan yang ditampilkan oleh LCW yang 
bermatian cuba menghadiahkan pingat Emas pertama Badminton di sukan 
Olimpik dan Emas Pertama Malaysia di London ini. Pemikir berasa sangat 
kecewa dengan satu lagi kenyataan yang mengaitkan nama Lee Chong Wei 
menjadi Lee Chong AWAY yang ditulis oleh Manoharan, mengapa ADUN DAP 
sangat BIADAP dalam hal seperti ini??
Ketika semua rakyat Malaysia memberikan sokongan moral bertubi-tubi 
kepada LCW, muncul pula wakil rakyat yang bodoh cuba mempolitikkan 
kekalahan LCW. Inilah sikap yang patut dielakkan oleh Wakil rakyat, 
tidak kira daripada pembangkang mahupun kerajaan, LCW mengharumkan nama 
negara di persada dunia, Manoharan sumbangkan apa?? sumbangkan kenyataan
 yang SUMBANG yang membangkitkan kemarahan peminat sukan badminton 
negara dan rakyat Malaysia!!
sumber: Pemikir politik blog




Comments
Post a Comment