KENAPA KERAJAAN SELANGOR NAK LINDUNGI RAFIZI??
::Pewaris Anak Bangsa::
Sayang sungguh kerajaan Pakatan kepada Rafizi sehingga melalui twitter B Selangor Khalid sanggup mengumumkan akan membantu Rafizi. Persoalan pu3. kenapa? kalau Raffizi dianggap tidak berslah kerana kononnya mendedahkan kebenaran. Bagaimana hak rakyat Selangor yang belum tentu salahnya dibiarkan? Adakah afizi dinggap wira kerana buka certa NFC dan Wajib dilindungi.??? banya kemusykilan timbul.
Baca lagi di bawah ini:
Sayang sungguh kerajaan Pakatan kepada Rafizi sehingga melalui twitter B Selangor Khalid sanggup mengumumkan akan membantu Rafizi. Persoalan pu3. kenapa? kalau Raffizi dianggap tidak berslah kerana kononnya mendedahkan kebenaran. Bagaimana hak rakyat Selangor yang belum tentu salahnya dibiarkan? Adakah afizi dinggap wira kerana buka certa NFC dan Wajib dilindungi.??? banya kemusykilan timbul.
Baca lagi di bawah ini:
Kerajaan
negeri Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besar, Khalid Ibrahim
telahpun secara rasminya bersetuju menanggung bebanan kos guaman Rafizi
Ramli yang didakwa mengikut Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989
(BAFIA).
Rafizi
yang juga Pengarah Strategi PKR merupakan orang yang bertanggungjawab
mendedahkan dan memanipulasi data serta butiran akaun perbankan NFC
sewaktu kemuncak isu pinjaman RM250 juta tempohari.
Berikutan
kehangatan isu tersebut diperkatakan ramai, kesannya telah memaksa
Shahrizat Abdul Jalil mengambil keputusan melepaskan jawatan sebagai
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Shahrizat
bagaimanapun disahkan bersih selepas siasatan terperinci oleh SPRM
mendapatinya tidak terbabit dalam sebarang perlanggaran undang-undang
atau melakukan amalan rasuah salahguna kuasa berkaitan isu tersebut.
Niat
Khalid mungkin baik apabila sanggup menyediakan dana RM500,000.00 demi
menghargai ‘jasa’ Rafizi yang berjaya mempropagandakan isu pinjaman
tersebut sehingga berjaya mencalar imej Shahrizat Abdul Jalil sebagai
pemimpin wanita yang popular.
Namun,
dakwaan melanggar akta BAFIA yang dihadapi Rafizi bukannya isu remeh
temeh ataupun sengaja diada-adakan untuk mengenakan Rafizi sebagaimana
kerap didakwa oleh pembangkang, ia membabitkan soal integriti dan amanah
yang perlu dipertahankan oleh institusi perbankan.
Di
masa yang sama akta BAFIA juga penting dalam menjaga kepentingan
pemegang akaun di dalam sesebuah institusi perbankan terutama sekali
untuk memelihara kerahsiaan butiran transaksi mereka daripada
dimanipualsi sesuka hati oleh pihak lain.
Malaysia
bukanlah satu-satunya negara yang memiliki BAFIA. Hampir setiap negara
memiliki akta sedemikian rupa yang matlamatnya sama – melindungi
integriti pihak bank dan memelihara kerahsiaan pelanggan bank.
Gagal
mematuhi akta BAFIA sama ada sengaja dilakukan oleh orang dalam mahupun
pihak luar, bermakna wujudnya sifat tidak amanah dan kelakuan jenayah
juga telah berlaku secara sengaja apabila butiran akaun orang lain
sengaja didedahkan untuk kepentingan tertentu.
Lagipun
Rafizi bukannya seorang agen yang dilantik oleh pihak berkuasa untuk
melakukan siasatan secara sah atau diberi perlepasan undang-undang untuk
mendedahkan butiran akaun milik mana-mana individu atau syarikat.
Ringkasnya,
apa yang dilakukan oleh Rafizi bukannya satu tindakan terpuji
sebaliknya merupakan kelakuan jenayah yang sepatutnya dihalang dan
dicegah daripada menjadi ikutan atau amalan orang lain.
Jika
jenayah membocorkan kerahsiaan dan butiran transaksi akaun milik orang
lain dijadikan amalan rutin disebabkan pembelaan oleh kerajaan Selangor
terhadap Rafizi, bukankah buruk kesannya terhadap nama baik institusi
perbankan kelak.
Justeru
itu, eloklah Khalid Ibrahim berfikir sedalam-dalamnya sebelum
meneruskan niatnya untuk melindungi kegiatan penjenayah seperti Rafizi.
Wang ratusan ribu ringgit itu sewajarnya diguna pakai untuk kepentingan
rakyat dan bukannya dibazirkan untuk membela seorang penjenayah.
sumber: ocean 13 blog
Rafizi !! Tak usah mengharapkan bantuan orang lain bantu dari segi kewangan , sendiri buat sendiri tanggung lah .
ReplyDelete