MASA UNTUK RAKYAT MENOLAK SI KATAK NI!

::Pewaris Anak Bangsa::

KALAU bercakap soal pemimpin Katak,pasti ramai yang merujuk pemimpin Sabah. Beberapa bulan lalu, Dr Jeffery Kitingan pernah berkata, tiada seorangpun pemimpin Sabah yang bukan pemimpin katak.
Terus terang, hanya mungkin "pemimpin Usno" yang bukan katak, kerana para pemimpinnya bukan melompat, tetapi Parti Usno itu sendiri dibubarkan dan secara enblok-semua ahli dan pemimpinnya masuk Umno.
FIIL SEPERTI INILAH PEMBANGKANG INGIN. OTAK LETAK DI TAPAK KAKI. AKAL, BUANG KE LONGKANG.!
Pada masa ini, mereka yang yang tergolong bukan pemimpin katak, adalah mereka yang hanya menjadi ahli sesebuah parti, dan tidak pernah bertukar parti.
Rakyat Sabah benar-benar tahu siapa-siapa pemimpin katak. Sudah tiba masanya semua pemimpin katak ini dihapuskan, kerana bukan sahaja menjadi racun demokrasi, akan tetapi menjadi racun kepada rakyat.

Tiada apa-apa yang boleh dicontohi daripada pemimpin katak, melainkan mereka ini adalah tergolong pemimpin yang tidak amanah dalam perjuangan. Apapun alasan yang diberikan untuk menghalalkan pemimpin katak; tetap mereka itu terdiri golongan yang tidak amanah dalam perjuangan.

Rakyat bermula pada PRU-13, perlu menghapuskan pemimpin katak untuk selama-lamanya, agar menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja. Kalau bukan rakyat yang menentukan.. siapa lagi?
 
Hari ini, Presiden UPKO TanSri Bernard Dompok yakin  tiada lagi wakil rkyt dari parti tersebut  bertindak keluar parti dan menyokong pembangkang. Belia menggesa pihk berkenaan agar berhenti menyebarkan desas-desus  berkaitan lompat parti ini.
 
Manakala Ketua Menteri Sabah DSP Musa Aman mengingatkan rakyat Sabah supaya tidk terpengaruh dengan taktik pembangkang yang cuba memberi bayangan  seolah-olah BN negeri mula goyang dan berpecah berikutan tindakan beberapa pemimpin BN yang menyokng pembangkang . Belia menyifatkan pakatan pembangkang  hanya "syok sendiri" dan apa yang diwar-warkan hanyalah propaganda semata.

Comments

Popular Posts