BELUM SEDIA ATAU........
::Pewaris Anak Bangsa::
Shah Alam : 
Ketika pemimpin pas mahu hukum hudud dilaksanakan, Ahli Parlimen Pas 
Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pula berbeza pendapat. Beliau yang 
juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, tidak setuju Hudud dilaksanakan selagi
 rakyat tidak menerima dan memahami  undang-undang islam itu secara 
mneyeluruh.
Katanya, 
sekarang bukan masa yang kondusif untuk hudud dilaksanakan kerana proses
 merealisasikan undang-undang itu memerlukan perbincangan secara terbuka
 serta membabitkan banyak proses perundangan.
"Selain itu,
 banyak pekara lagi yang perlu dibuat dan semua pihak harus memahaminya.
 Usaha menerapkan pemahaman mengenai hudud tidak boleh hanya melibatkan 
golongan tertentu, perlu merangkumi semua pihak agar tidak ada yang 
terkeliru," katanya.
Sehubungan 
itu, Dzulkefly berkata, hudud tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam 
masa terdekat. Bercakap dalam satu program bual biacara anjuran 
televisyen internet, MobTV bersama Pengerusi Sekretariat Ulama Muda 
Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya bertajuk 'Hentikan Polemik hudud,' 
beliau berkata, isu hudud kini semakin menjadi permainan politik.
"Dalam 
keadaaan ini, jika ia tidak ditangani secara baik, banyak pihak akan 
terus tidak faham malah mungkin terkeliru mengenai hudud," katanya. 
katanya, ini
 perlu diperjelaskan kerana bukan semua masalah boleh diselesaikan 
melalui hudud. Minggu lalu, Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Nasharudin Mat 
Isa mencadangkan parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) jika DAP 
yang menjadi rakan sekutunya dalam pakatan itu, terus menentang hudud.
Ini 
berikutan kenyataan pengerusi DAP, Karpal Singh yang terus 
mempertikaikan perlaksanaan hudud malah memberi amaran supaya 'langkah 
mayatnya dahulu' jika parti itu mahu melaksanakan undang-undang Islam 
itu jika diberi peluang memerintah negara ini.
#Petikan Sinar Harian Edisi Selangor 23/8/12


Comments
Post a Comment