AKTA KETERANGAN PERLU TAFSIRAN LEBIH JELAS UNTUK ELAK KEKELIRAN
::Pewaris Anak Bangsa::
  
KUALA
 LUMPUR, 23 Ogos - Kekecohan yang ditimbulkan pengguna Internet 
baru-baru ini berhubung Seksyen 114A Akta Keterangan, mencetuskan 
gelombang yang agak besar, terutama berkaitan tanggapan bahawa seseorang
 yang namanya tertera pada sesuatu penerbitan adalah pemilik atau 
pengendali yangmenyiarkan kandungan berkenaan.
Peruntukan yang termaktub di bawah Akta Keterangan (Pindaan) (No. 2) 
2012mengundang banyak perbahasan, termasuk dalam kalangan penggubal 
dasar daripadapihak kerajaan dan pembangkang.
Seksyen 114A, yang diluluskan Parlimen April lepas dan diwartakan 
pada 31Julai, menganggap bahawa seseorang yang namanya, fotonya atau 
nama samarannyatertera pada sesuatu penerbitan, menunjukkan bahawa dia 
adalah pemilik, hos,pengendali, editor atau penyunting, atau, seseorang,
 yang dalam apa jua caramenyebabkan penyiaran atau penyiaran semula 
sesuatu penerbitan, dianggap menerbitkan atau menerbitkan semula 
penerbitan berkenaan, melainkan dia dapat membuktikan sebaliknya.
Pindaan itu juga merujuk kepada sesiapa sahaja, yang mempunyai kuasa 
atau kawalan terhadap komputer yang menjadi sumber asal tersiarnya 
sesuatu penerbitan itu, dianggap orang yang menerbitkan atau menerbitkan
 semula kandungan berkenaan, melainkan dia dapat membuktikan sebaliknya.
Antara pendapat negatif yang dilontarkan para pembahas ialah kerajaan
 cuba menyekat kebebasan Internet hingga sanggup menuduh bahawa 
undang-undang yang diperkenalkan itu boleh ‘mengembalikan negara ini ke 
Zaman Pertengahan’.
Bagi yang menyokong pindaan itu pula, mereka berpendapat beban 
pembuktian kini beralih ke bahu pengguna Internet dan ini sudah pasti 
membantu pihak yang menguatkuasakan undang-undang dalam mengesan 
penyiaran kandungan yang menyalahi undang-undang.
Seorang pengamal ICT terkenal Azli Paat berkata undang-undang 
yangdiperkenalkan itu adil kerana keadaan sebelum ini tidak dapat 
mencegah seseorangdaripada menyamar sebagai orang lain di ruang siber.
Ketiadaan peruntukan yang diperkenalkan itu juga menyukarkan pihak 
penguatkuasa menahan dan mendakwa orang sebenar yang melanggar 
undang-undang kerana tiada siapa yang akan mengaku melakukan tindakan 
yang tidakbertanggungjawab, katanya kepada Bernama.
Azli berpendapat sekiranya undang-undang itu tidak dilaksanakan 
sekarang, lambat laun, ia perlu juga dilaksanakan memandangkan jenayah 
siber yang terus meningkat.
Bagaimanapun, Azli, yang juga presiden Persatuan Penyedia Kandungan 
Mudahalih Malaysia (MMCP), berkata pihak berkuasa perlu memberi tafsiran
 lebih jelas tentang undang-undang itu kerana ketika ini ia dilihat 
bersifat terlalu umum.
“Undang-undang ini dipandang negatif oleh kebanyakan orang kerana ia 
menghimpunkan semua pengguna Internet di bawah satu peraturan.
“Malah, ia perlu lebih spesifik kerana ketika ini, Seksyen 114A 
dilihat lebih melindungi mereka yang dianggap mangsa. Bagaimana pula 
dengan pemilik akaun yang sebenarnya menjadi mangsa? Sebagai contoh, 
seseorang yang digodam atau diceroboh akaunnya?” tanya beliau.
Azli mencadangkan agar subseksyen kepada seksyen utama perlu 
diwujudkan untuk memberi pelindungan kepada pemilik akaun media sosial 
seperti blogspot, Twitter atau Facebook, pengulas (individu yang 
menampal komen) dan mereka yang menampal semula atau mentweet semula 
sesuatu kandungan.
Beliau berkata ini bertujuan melindungi hak pemilik sesuatu akaun 
kerana ketika ini, seseorang pemilik blog tidak mempunyai kawalan 
terhadap komen yang diberi.
Katanya kerajaan perlu memberi penerangan secara lebih meluas kepada 
orang ramai tentang perlunya undang-undang seperti itu diperkenalkan 
kerana segala apa yang ditimbulkan oleh pengguna Internet pada 14 Ogos 
adalah berpunca daripada kegagalan mereka memahami sepenuhnya Seksyen 
114A.
“Saya berpendapat sekiranya langkah diambil untuk meningkatkan 
kefahaman orang ramai dan melindungi hak mereka, orang ramai boleh 
menerimanya,” katanya sambil menasihatkan orang ramai supaya tidak 
berasa takut dan mengelak daripada berkongsi maklumat serta pendapat 
mereka secara dalam talian berikutankehadiran undang-undang itu.
Anehnya, penggubal undang-undang dari pihak kerajaan dan pembangkang 
sendiriyang meluluskan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat dan Dewan 
Negara. Mengulas perkara ini, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk 
Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata perkara itu dapat dielak sekiranya 
Anggota Parlimen meneliti rang undang-undang berkenaan ketika ia 
dibentang untuk perbahasan.
Beliau berkata adalah menjadi tanggungjawab dan tugas Anggota 
Parlimen untuk meneliti sesuatu rang undang-undang yang dibentang di 
Parlimen.
“Sepatutnya, semua Anggota Perlimen meneliti dengan sepenuh hati 
setiap rangundang-undang yang dibawa ke Parlimen, membincangkannya 
daripada pelbagai aspekdi luar Dewan, sebelum membahaskannya.
“Mereka sepatutnya mengkaji secara serius kesan rang undang-undang 
itu terhadap sosiopolitik dan ekonomi sebelum berbuat demikian (membahas
 danmeluluskan rang undang-undang itu),” katanya.
Wan Junaidi berkata sebelum undang-undang itu dipinda, kerajaan atau 
Anggota Parlimen biasa perlu mengemukakan notis dan deraf pindaan kepada
 Setiausaha Dewan Rakyat untuk dibentangkan.
Beliau berkata usul yang dikemukakan kerajaan selalunya diberi keutamaan,berbanding yang dikemukakan Anggota Parlimen.
Sementara itu, Khaw Veon Szu, bekas pengarah eksekutif Institut 
Sedar, sebuah kumpulan pemikir tempatan, berkata beliau yakin 
undang-undang berkenaan boleh dikaji semula dan dibuat pelarasan yang 
diperlukan bagi menambah baik pelindungan yang diberi terhadap hak 
pengguna Internet.
“Saya berpendapat kebimbangan yang disuarakan berhubung isu ini ada 
kewajarannya. Memandangkan kerajaan sedang berusaha untuk mewujudkan 
tadbir urus yang baik, maka wajarlah ia menelitinya semula. Tidak ada 
ruginya,” kata Khaw yang juga seorang peguam.
Beliau juga mencadangkan agar pihak berkuasa menubuhkan jawatankuasa 
pilihan khas Parlimen untuk mengkaji semula undang-undang itu secara 
lebih holistik dan mendapatkan pandangan profesional daripada orang 
ramai serta pemegang kepentingan lain.
SUMBER: UMNO Online 

Comments
Post a Comment