RAKYAT SABAH WAJAR PERTAHANKAN YAB MUSA AMAN

::Pewaris Anak Bangsa::

Bukan nak membodek. apa lagi nak mengampu. Tetapi sebagai warga Sabah. Pu3 tersentuh apabila seorang blogger pro-BN yang bukan asal dari sabah boleh memberi pandangannya ke atas Ketua Menteri Sabah YAB Musa Aman.

Penyangak-penyangak yang gilakan kedudukan. Asyik menuding jari kata, kalau BN memerintah di bawah pentadbiran YAB Musa Aman. Sabah akan bankrap. Macam-macam tohmahan mereka lemparkan. membuatkan hati pu3 sakit sangat (fuhhhhhh.... sabar-sabar.. Puasa ni)

Korang yang sedar mahupun tak sdar. Yang menyokong atau tak menyukai tulisan pu3 sebagai ikan bilis ni. silakan baca artikel yang pu3 copy tak beredit dari blog PAPAGOMO.

SABAH FOR SABAHAN : RAKYAT SABAH WAJAR PERTAHANKAN MUSA AMAN DAN MENOLAK ANWAR IBRAHIM


Bakal Penasihat Kewangan Negeri Sabah

Semakin hampir Pilihanraya semakin berdentum sana sini isu lompat parti terutamanya dari negeri dibawah Bayu Sabah. Lompat si katak lompat yang mana bukan pekara baru bagi pemain politik negeri Sabah sebaliknya sudah lama berlaku.

Gomo tidak hairan dengan keadaan yang mana pemimpin politik Sabah yang lompat dari parti A ke parti B dan kemudiannya lompat balik ke parti A. Ini merupakan lumrah dinegeri Sabah kerana kita harus ingat "SABAH untuk SABAH".

Cuma apa yang menjadi kerisauan Gomo adalah percaturan pemimpin luar dari Sabah iaitu pemain politik dari Semenanjung yang dilihat menjadi pemain catur dalam mencorakkan politik negeri Sabah. Kenapa pemimpin politik semenanjung sibuk nak mencampuri urusan politik negeri Sabah?

Anwar Ibrahim yang merupakan orang Semenanjung sibuk mengatur siapa yang nak lompat dan siapa yang bakal menjawat jawatan Ketua Menteri jika Sabah jatuh ketangan pihak pembangkang. Siapa Anwar Ibrahim? Anak Sabah kah dia?

Datuk Seri Musa Aman

Musa Aman Ketua Menteri Sabah begitu komited dalam membangunkan negeri Sabah sampaikan banyak projek projek yang dibangunkan di Sabah lebih ditumpukan kepada anak anak Sabah. Pemimpin luar yang cuba masuk ke negeri Sabah untuk melobi tender dan sebagainya ditolak kerana Musa Aman memberi keutamaan kepada anak Sabah. Dan ini realitinya apabila Sabah dipimpin oleh anak Sabah yang komited dengan negeri kelahirannya.

Tidak cukup dengan Anwar Ibrahim yang sedang galak mencatur politik Sabah ada desas desus pula menyatakan ada juga pimpinan lain yang sedang berusaha menjatuhkan Ketua Menteri Musa Aman di Sabah. Percaturannya mudah iaitu bekerjasama dengan Anwar Ibrahim kerana DANA KEEWANGAN akan disponsor oleh Anwar Ibrahim dalam menjayakan misi tersebut.

Benar sepertimana Gomo nyatakan diatas bahawa LOMPAT PARTI pekara biasa bagi pemain politik Sabah tetapi jika difikirkan balik terutama rakyat Sabah siapa yang akan mndapat manfaat jika Musa Aman tersingkir dan Anwar Ibrahim berjaya? Siapa yang akan mendapat manfaat dari pekara tersebut? Pemimpin yang akan mengetuai Sabah kelak sudah pasti menjadi BONEKA kepada Anwar Ibrahim.

Lihat sahaja PKR yang mana Presiden nya Wan Azizah, tetapi siapa yang mendominasi PKR secara total? Apakah tidak jelas bahawa Wan Azizah adalah BONEKA kepada Anwar Ibrahim?

Lihat pula di Selangor yang mana Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Keewangan Negeri Selangor. Segala macam projek di Selangor mestilah melalui pejabat Anwar Ibrahim terlebih dahulu dan keputusan projek tersebut mestilah mendapat kelulusan Anwar Ibrahim. Apakah tidak jelas bahawa Selangor merupakan Kerajaan BONEKA Anwar Ibrahim?

BONEKA ANWAR IBRAHIM

Bagaimana pula di Sabah kelak jika Anwar Ibrahim melalui Pakatan mereka berjaya membentuk kerajaan? Siapa yang berkuasa? Pemimpin Sabah? Lupakan lah kerana segala DANA datang dari Anwar Ibrahim dan adalah semestinya yang akan berkuasa adalah Anwar Ibrahim orang semenanjung dan kerajaan Sabah waktu itu hanyalah BONEKA buat Anwar Ibrahim semata mata.

Rakyat Sabah harus sedar pekara ini kerana Sabah adalah untuk Sabahan. Walaupun Gomo orang semenanjung namun Gomo melihat jika rakyat Sabah terutama pemimpin yang ada waktu ini sanggup bekerjasama dengan Anwar Ibrahim maka tidak mustahil Sabah akan jatuh ketangan Anwar Ibrahim yang bukan anak Sabah sebaliknya akan menjahanamkan politik serta Ekonomi Sabah.

Sabah For Sabahan

Apa yang anak sabah akan dapat jika Anwar Ibrahim selaku penasihat Keewangan negeri Sabah? Fikir fikirkanlah......... Pertahankan Ketua Menteri Musa Aman waktu ini kerana beliau telah membuktikan bahawa Ekonomi Sabah meningkat dari masa ke semasa dan merubah Sabah kearah lebih maju dari sebelumnya.

Pssstttt.... walau blog pu3 ni blog tak glamour .. sekurang-kurngnya pu3 nak berterima kasihlh pada mereka yang sudi bertandang dan baca. dalam sehari dua dalam minggu ni.... capaian view blog inipun mencipta peningkatan yang menambah semngat pu3 terus menulis membongkar kesalahan dan dedahkan kebenarn.  more 10k viewer.  hanya 1k lg dh 20k viewer . terima kasih

#BN Bah

Comments

  1. mantap... teruskan perjuangan. pertahankan negeri Sabah dari jatuh ke tangan pihak pembangkang kerana apabila jatuh kelak percayalah bahawa ianya akan ditakluk orang luar yang bukan anak Sabahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. takkan akan beralah pada pakatan. terus brjuang unuk pastikan BN TATAP DI Bumi tercinta Sabah. Terima kasih atas sokongan. 1 penghormatan blogger no 1 mengunjungi blog ikan bilis ini :)

      Delete
    2. Indeed. The Chief Minister has brought Sabah to a new level which will ultimately lead to socio-economical prosperity. In the span of his chief ministership, Sabah has reached a phenomenon global recognition in terms of good financial management as well as forest management. The current move (which is evident) is that the state government is now shifting their attention towards the interior of Sabah. Rome is not build in one day, but with diligence and hard work for the past two terms, Sabah definately will be a force to be recon with within Malaysia.

      Delete
  2. all the major projects in sabah related with chief minister.. minor project given to sabahan.. the chief minister in sabah should be in rotation not for domination by 1person.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Construction of Mazu statue and temple to start soon.
      Thanks to Federation of Hainan Association Sabah and Labuan and Sabah Chief Minister Musa Aman,
      the Mazu statue will finally stand majestic in Kudat. This shows the BN’s commitment to rise above
      politics and meet the aspirations of the people.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts